KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk mengasingkan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman bagi memastikan integriti institusi perundangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Pada majlis makan tengah hari bersama presiden persatuan undang-undang di bangunan Parlimen hari ini, Azalina berkata kerajaan memerlukan ketiga-tiga badan berkenaan untuk berpegang teguh kepada fungsi dan peranannya, memastikan undang-undang bukan sahaja wujud di atas kertas, tetapi juga ditegakkan, dihormati dan ditafsirkan secara adil di dunia sebenar.
"Kita memerlukan demokrasi untuk menggubal undang-undang yang baik, kita perlukan penguatkuasaan yang bagus untuk melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman yang bebas untuk mentafsir undang-undang secara bebas dan wajar.
"Kita memerlukan badan-badan ini untuk menegakkan undang-undang dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sangat peka dan beliau sendiri mahu melihat pemisahan kuasa ketiga-tiga badan itu dan tiada campur tangan, yang sebenarnya konsisten dengan visi beliau," katanya.
Beliau berkata undang-undang perlu digunakan untuk memberi khidmat kepada rakyat dalam pelbagai cara termasuk mengekalkan keamanan, memberikan keadilan dan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
Azalina berkata sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang dan reformasi institusi, beliau akan terus mendengar suara orang muda dan penuntut undang-undang, dan menyediakan paltform untuk mereka bersuara.
"Sebenarnya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang akan menganjurkan Pertandingan Mahkamah Moot Piala Perdana Menteri untuk pelajar undang-undang di Malaysia yang akan berlangsung tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
AZALINA: Kita memerlukan demokrasi untuk menggubal undang-undang yang baik, kita perlukan penguatkuasaan yang bagus untuk melaksanakan undang-undang dan badan kehakiman yang bebas untuk mentafsir undang-undang secara bebas dan wajar. - BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Kerajaan komited asingkan kuasa eksekutif, badan perundangan dan kehakiman - Azalina
Kerajaan komited untuk mengasingkan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman bagi memastikan integriti institusi perundangan.