PETALING JAYA: Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited untuk mencapai keseimbangan baik antara pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) bagi memastikan pembangunan yang mampan dan seimbang di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mendengar seruan lantang oleh industri untuk terus mempromosikan DDI dan amat menyedari keperluan untuk terus memacu pertumbuhannya.
"Kerajaan telah menetapkan DDI sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) untuk mengembangkan jumlah pelaburan negara memandangkan potensi strategik DDI dalam menarik lebih banyak FDI di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI," katanya menerusi ucap tama beliau pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-55 Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.
Anwar berkata DDI strategik berpotensi untuk menarik lebih banyak FDI kerana pelabur asing biasanya menganggap ia sebagai penanda aras bagi keyakinan dan komitmen pelabur domestik terhadap dasar kerajaan untuk mengukuhkan landskap pelaburan dan perniagaan negara.
"Memiliki ekosistem industri domestik yang lebih strategik adalah penting untuk menjana pertumbuhan keluaran dalam negara kasar yang lebih mampan dan dengan itu usaha yang lebih komprehensif akan dilaksanakan untuk meningkatkan DDI.
Perdana Menteri menegaskan bahawa komuniti pembuatan Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong rangka kerja Ekonomi MADANI dan mencapai sasaran yang ditetapkan untuk 10 tahun akan datang.
Antara lainnya adalah menjadi peneraju ekonomi Asia, menduduki tangga 30 teratas ekonomi terbesar dunia, berada di kedudukan 12 teratas dalam daya saing global, meningkatkan bahagian pendapatan tenaga kerja untuk mencapai 45 peratus dan meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita kepada 60 peratus.
"Secara ringkasnya, sektor pembuatan berfungsi sebagai enjin pertumbuhan utama untuk memacu fasa perkembangan ekonomi negara yang seterusnya.
"Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang merupakan komponen utama Ekonomi MADANI bertujuan untuk menggiatkan semula sektor pembuatan bagi memastikan Malaysia kekal berdaya tahan di tengah-tengah cabaran yang semakin meningkat dan perubahan besar yang berlaku sekarang," katanya.
Dalam pada itu, Anwar juga menyeru industri untuk mengukuhkan kerjasama mereka dalam ekosistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dengan melibatkan diri dalam lebih banyak inisiatif yang dipacu industri seperti inisiatif Akademi dalam Industri ke arah membina kumpulan tenaga kerja mahir tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023
Perdana Menteri berkata kerajaan mendengar seruan lantang oleh industri untuk terus mempromosikan DDI dan amat menyedari keperluan untuk terus memacu pertumbuhannya. - Gambar fail/Astro AWANI
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Kerajaan komited capai keseimbangan baik antara FDI dan DDI - PM Anwar
Perdana Menteri berkata kerajaan mendengar seruan lantang oleh industri untuk terus mempromosikan DDI dan amat menyedari keperluan untuk terus memacu pertumbuhannya.