KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam industri perikanan dengan menyediakan program, inisiatif serta kemudahan bagi menggalakkan penglibatan rakyat tempatan.
Jabatan Perikanan dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan memperuntuk RM150 juta kepada Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan Dana Jaminan Makanan untuk transformasi nelayan tradisi ke laut dalam melalui perolehan vesel moden berteknologi tinggi.
"Pengusaha berpeluang menyediakan kemudahan ruang penginapan yang selesa serta komunikasi digital untuk menarik minat pekerja tempatan.
"Selain itu, pemohon mendapat had pembiayaan sehingga 90 peratus daripada kos projek pembinaan vesel moden dengan kadar faedah sebanyak 3.75 peratus bagi tempoh 10 tahun melalui Skim Pembiayaan Bot Perikanan i (SPBP-i) di Agrobank," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, melalui program Penjana Kerjaya 2.0 pula pengusaha vesel perikanan laut dalam boleh mengambil peluang menggunakan insentif di bawah skim itu untuk menarik minat pekerja tempatan yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.
Beliau juga berpeluang mengikuti latihan dalam bidang perikanan tangkapan di Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak dan Akademi Perikanan Malaysia di Terengganu yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan termasuk latihan, kediaman, makan serta elaun RM200 sebulan.
Menurut kenyataan itu, pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap pendaratan ikan susulan kekurangan jumlah vesel yang beroperasi ke laut.
Pada tahun lepas, pendaratan ikan merosot sebanyak lima peratus berbanding 2019 dengan jumlah pendaratan sebanyak 1.385 juta tan metrik.
Menurut Jabatan Perikanan, penurunan jumlah operasi vesel laut dalam mengakibatkan pengurangan sebanyak 50,683 tan metrik ikan di seluruh negara iaitu merosot sebanyak lapan peratus berbanding pada 2019.
Bagi Kelantan, pendaratan ikan merosot sebanyak 24 peratus daripada 56,790 tan metrik pada 2019 kepada 43,070 tan metrik pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021
Pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap pendaratan ikan susulan kekurangan jumlah vesel yang beroperasi ke laut. - Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Perkeso lancar Ops Kesan Pekerja Asing 2024 di seluruh negara
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024 secara serentak, melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
24 PATI warga China diusir keluar dari Sabah
Program pemindahan tahanan PATI kali ini melibatkan 24 tahanan lelaki berusia antara 31 tahun sehingga 64 tahun.
Kerajaan diminta beri pencerahan mengenai caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan diminta memberi pencerahan yang terperinci berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh pekerja asing seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini.
Sistem CIDBH - iENTRY tingkat pengurusan pekerja asing pembinaan
CIDB pada Isnin melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd melancarkan Sistem CIDBH - iENTRY bagi meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industi pembinaan.
SPRM tahan dua penguat kuasa minta rasuah lindung pekerja asing
SPRM menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang disyaki meminta rasuah sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja warga asing di Sri Aman, Sarawak, semalam.