KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa memastikan badan Legislatif dan Kehakiman untuk membuat terus transformasi demi memastikan pengasingan kuasa dan sistem perundangan terus dimartabatkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan komited untuk membantu melaksanakan transformasi, bagi memastikan badan Parlimen dapat berfungsi dengan sempurna.
Antara transformasi yang dijalankan, jelas beliau, pelaksanaan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 bagi memberi kebebasan kepada Parlimen, selaras dengan apa yang telah diambil oleh Parlimen lain di peringkat antarabangsa
“Sebagai contoh, kerajaan telah pun melakukan perubahan dalam Parlimen apabila kita menubuhkan 16 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berbanding hanya lima sebelum ini.
“Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 untuk mengurus pentadbiran dan kewangan Parlimen akan diperkenalkan semula bagi memperkasakan peranan Parlimen,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, di Dewan Tunku Canselor UM, sini hari ini.
Dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan, kataya lagi, tiga institusi penting menjadi 'tiang seri' iaitu badan Legislatif atau Parlimen, Eksekutif atau kerajaan dan Kehakiman.
Kata Perdana Menteri, ketiga-tiga institusi tersebut mempunyai peranan masing-masing dan semua pihak perlu menghormati setiap badan ini.
“Setiap dasar yang digubal oleh Kerajaan berpaksikan roh dan semangat kebersamaan dengan mengambil kira kepentingan setiap agama, kaum dan seluruh Keluarga Malaysia,” ujarnya.
Jelasnya, begitu juga undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat, yang mana ia dibahas dengan roh dan semangat yang sama oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Justeru, kata Ismail Sabri lagi, badan Kehakiman perlu mengambil roh dan semangat yang sama ketika membuat intepretasi kepada undang-undang berkenaan
Ketika menyentuh mengenai sambutan Jubli Emas UM, Perdana Menteri berkata, tiga institusi penting yang menjadi tiang seri kepada sistem demokrasi negara dipimpin oleh Alumni Fakulti Undang-Undang UM.
“Badan Eksekutif dipimpin oleh saya sebagai Perdana Menteri, dan saya adalah produk Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.
“Badan Kehakiman diketuai oleh Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara yang merupakan produk Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.
“(Serta) Badan Legislatif diketuai oleh Yang Berhormat Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang merupakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga adalah produk Fakulti Undang-undang Universiti Malaya,” katanya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, badan perundangan yang diterajui oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, juga merupakan produk Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.
Perdana Menteri berkata, hari ini, negara menyaksikan kejayaan Alumni Fakulti Undang-Undang UM bukan sahaja dalam badan kehakiman, dan sektor perundangan, tetapi juga pentadbiran negara, politik tanah air, badan korporat, pendidikan negara, serta institusi antarabangsa.
“Ini adalah satu pencapaian dan sejarah bagi Fakulti Undang-undang Universiti Malaya dalam menyumbang kepada pembangunan negara.
“Saya berharap kejayaan Fakulti Undang-Undang UM melahirkan ramai profesional yang hebat dan ternama tidak hanya ternoktah di sini, sebaliknya terus cemerlang untuk melakar sejarah dalam dan luar negara,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Jun 17 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan komited untuk membantu melaksanakan transformasi, bagi memastikan badan Parlimen dapat berfungsi dengan sempurna. - Foto Astro AWANI/Firdaus Azil
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir mendiang Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Badan kehakiman bebas buat keputusan selagi tidak takut atau pilih kasih - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.
Hormati kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman - Sultan Selangor
Sebarang tohmahan yang tidak berasas akan mengundang persepsi negatif terhadap kebebasan Badan Kehakiman, menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan negara.
Polis buka kertas siasatan berhubung Perhimpunan Kebebasan Badan Kehakiman
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia di Padang Merbok, ibu negara pada Jumaat.
Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini
Sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.
Pandemik COVID-19 dorong Badan Kehakiman lebih aktif dalam media sosial - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata, hubungan yang berterusan dengan orang awam adalah penting untuk mendidik dan memberi mereka maklumat yang tepat.
COVID-19: Badan Kehakiman manfaat teknologi laksana prosiding dalam talian - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, ia bagi memastikan akses keadilan kepada orang awam, biarpun terdapat batasan pergerakan dalam era PKP dan PKPB.
Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.
Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara
Beliau berkata ini adalah satu-satunya cara bagi Badan Kehakiman mengembalikan kemuliaan dan kredibiliti dipandang tinggi.
'Pengganti saya? Itu soalan RM1 juta' - Ketua Hakim Negara
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum masih memilih untuk menutup mulut apabila ditanya mengenai siapa yang bakal menggantinya selepas beliau bersara wajib bulan depan.