Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata para hakim mesti sentiasa berusaha untuk membuat keputusan yang tepat tanpa gentar atau memihak, dan tanpa mengambil kira kepribadian pihak-pihak berkaitan atau tertuduh yang dihadapkan di hadapan mereka.
Beliau berkata ini adalah satu-satunya cara bagi Badan Kehakiman mengembalikan kemuliaan dan kredibiliti dipandang tinggi.
"Jika barisan hakim di Malaysia membuat keputusan yang betul dari semasa ke semasa, keyakinan orang ramai pada umumnya, akan kembali pulih," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Pelantikan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara di Istana kehakiman di sini hari ini.
BACA: Ketua Hakim Negara sebak, peringat hakim Surah An-Nisa'
Beliau berkata selama 30 tahun selepas Merdeka, badan kehakiman Malaysia mempunyai reputasi tinggi dengan hakim-hakim seperti Ketua Hakim Negara Tun Muhamed Suffian Muhamed Hashim, Raja Azlan Shah dan Hakim Eusoffee Abdoolcader.
"Saya percaya sebab utama mengapa hakim-hakim Malaysia dipandang tinggi dalam tempoh ini adalah kerana mereka sentiasa membuat keputusan yang tepat berdasarkan bukti dan lunas undang-undang," katanya.
BACA: Kenali Tengku Maimun Ketua Hakim Negara yang baharu
Thomas berkata keupayaan Tengku Maimun yang tidak dapat ditandingi dapat menerajui badan kehakiman ke landasan sebenar dan lancar.
Beliau berkata pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara adalah satu pengiktirafan kepada peranan penting yang dimainkan oleh wanita dalam melaksanakan keadilan.
"Wanita mendominasikan fakulti undang-undang dan dan majoriti daripada pengamal undang-undang adalah wanita. Dalam kamar saya, tiga perempat daripada peguam terdiri daripada wanita," katanya.
Beliau berkata pelantikan Tengku Maimun yang diangkat sebagai Ketua Hakim Negara tidak ada hubungan dengan jantina, tetapi berdasarkan integriti, kebebasan, kecerdasan, ketekunan dan ketrampilannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2019
Thomas berkata keupayaan Tengku Maimun yang tidak dapat ditandingi dapat menerajui badan kehakiman ke landasan sebenar dan lancar. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Badan kehakiman bebas buat keputusan selagi tidak takut atau pilih kasih - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata pelbagai kecaman dan komen berbaur politik disasarkan kepada badan kehakiman apabila keputusan tidak memihak kepada tokoh-tokoh tertentu.
Hormati kedaulatan undang-undang, kebebasan badan kehakiman - Sultan Selangor
Sebarang tohmahan yang tidak berasas akan mengundang persepsi negatif terhadap kebebasan Badan Kehakiman, menghakis keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan negara.
Polis buka kertas siasatan berhubung Perhimpunan Kebebasan Badan Kehakiman
Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia di Padang Merbok, ibu negara pada Jumaat.
Badan Kehakiman laksana Sistem Notifikasi Pelepasan Dari Lokap mulai Selasa ini
Sistem itu akan memaparkan status penyelesaian pembayaran denda dan pembebasan tertuduh sebagai tahanan lokap yang telah dijatuhi hukuman denda sahaja.
Pandemik COVID-19 dorong Badan Kehakiman lebih aktif dalam media sosial - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata, hubungan yang berterusan dengan orang awam adalah penting untuk mendidik dan memberi mereka maklumat yang tepat.
COVID-19: Badan Kehakiman manfaat teknologi laksana prosiding dalam talian - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, ia bagi memastikan akses keadilan kepada orang awam, biarpun terdapat batasan pergerakan dalam era PKP dan PKPB.
Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.
Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara
Beliau berkata ini adalah satu-satunya cara bagi Badan Kehakiman mengembalikan kemuliaan dan kredibiliti dipandang tinggi.
'Pengganti saya? Itu soalan RM1 juta' - Ketua Hakim Negara
Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum masih memilih untuk menutup mulut apabila ditanya mengenai siapa yang bakal menggantinya selepas beliau bersara wajib bulan depan.