awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu pekerja gig harus dibincangkan secara tripartit agar keputusan seimbang - Aktivis GEM
Proton sasar jual sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026
Dua jaringan Faisal Halim pastikan Selangor FC selangkah ke pusingan kalah mati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited pastikan penyasaran subsidi tidak bebankan rakyat

Bernama
Bernama
28/01/2026
21:40 MYT
Kerajaan komited pastikan penyasaran subsidi tidak bebankan rakyat
Kerajaan mengambil langkah berani sejak 2023 dengan melaksanakan penyasaran subsidi seperti penyasaran subsidi elektrik, penyasaran subsidi diesel, pengapungan harga ayam dan telur serta penyasaran subsidi RON95. - Gambar hiasan Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited memastikan penyasaran subsidi tidak membebankan rakyat sekali gus membolehkan kerajaan meningkatkan peruntukan bantuan yang bersasar kepada rakyat dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih terangkum.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia seterusnya dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat yang secara langsung memberi manfaat positif kepada persekitaran ekonomi negara seiring dengan Kerangka Ekonomi MADANI.
"Kerajaan mengambil langkah berani sejak 2023 dengan melaksanakan penyasaran subsidi seperti penyasaran subsidi elektrik, penyasaran subsidi diesel, pengapungan harga ayam dan telur serta penyasaran subsidi RON95.
"Pengapungan harga ayam dan telur tidak menjejaskan bekalan serta kestabilan harga ayam dan telur di pasaran," katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen hari ini.
Kementerian itu menjawab pertanyaan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) mengenai impak bersih rasionalisasi subsidi kepada kuasa beli isi rumah B40 dan M40 termasuk daripada segi kos pentadbiran, ketirisan dan mekanisme penyasaran yang digunakan.
Tambah MOF melalui penyasaran subsidi diesel pula, kemudahan fleet card diberikan kepada kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih bagi membolehkan mereka terus mendapatkan bekalan diesel pada harga bersubsidi RM2.15 sen seliter.
Selain itu, ia berkata bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan turut disediakan kepada seramai pemilik kenderaan persendirian diesel, petani, penternak dan pekebun kecil yang layak.
Bagi penyasaran subsidi RON95, warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas layak menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter selain kelayakan BUDI95 diperluas kepada nelayan berdaftar, pemilik bot persendirian di Sabah dan Sarawak, pemandu e-panggilan serta teksi lapangan terbang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyasaran subsidi
#perlindungan sosial
#Kementerian Kewangan
#Kerangka Ekonomi MADANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan