awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited ringankan beban kos sara hidup rakyat - Ahmad Zahid

Noraida Abdul Kassim
Noraida Abdul Kassim
02/05/2016
15:07 MYT
Kerajaan komited ringankan beban kos sara hidup rakyat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid begitu bersemangat menyampaikan amanat di hadapan kira-kira 3,000 anggota Rela Daerah Serian hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan komited untuk terus meringankan beban kos sara hidup rakyat Sarawak, termasuk menyeragamkan harga barang di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi memastikan pelarasan harga itu dapat dilakukan, kerajaan membelanjakan hampir RM300 juta.
Katanya lagi, kerajaan turut prihatin berhubung isu-isu seperti pencatutan harga, peniaga menaikkan harga barangan dan perbezaan harga di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
“Kita tahu bahawa Sarawak adalah negeri yang penting dalam Malaysia. Antara yang kita lihat adalah harga barangan. Dulu harga barangan di Semenanjung berbeza dengan harga barangan di Sarawak dan Sabah.
“Kerajaan telah membelanjakan RM300 juta untuk menyamakan harga barang di Sabah di Sarawak dan di Semenanjung. Sebab orang di Sarawak perlu dibantu dari segi harga barangan supaya kita mampu beli barang-barang makanan untuk kita dan keluarga kita,” kata Ahmad Zahid ketika berucap pada program pemimpin bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau berharap anggota Rela Sarawak dapat memberikan bantuan yang secukupnya, sekiranya diperlukan untuk memantau aktiviti penguatkuasaan terhadap harga barang.
Menurutnya, menerusi kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Rela telah diberikan pertimbangan untuk membantu penguat kuasa supaya tidak ada peniaga menaikkan harga dengan sesuka hati.
Topic Berkaitan
#harga
#PRN Sarawak
#sarawak memilih 2016
#sarawak2016
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan