KLUANG: Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk memudahkan polisi dan prosedur bagi majikan mendapatkan pekerja asing untuk bekerja di negara ini dalam usaha memulihkan ekonomi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Justeru, beliau berkata majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja termasuk pas lawatan kerja sementara (PLKS).
Beliau berkata kerajaan memahami dalam proses pemulihan ekonomi pasca pandemik, terdapat permintaan guna tenaga yang tinggi terutama sektor kritikal seperti ladang, pertanian, pembinaan, perkilangan dan juga perkhidmatan.
"Lambat laun kita akan dapat mengesan dan apabila kita dapat kesan, kita hanya ada satu pilihan, kita akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas mereka terlibat.
"Ketika kerajaan telah melonggarkan banyak prosedur permohonan, mempermudahkan, mereka sepatutnya mengambil peluang ini untuk memanfaatkan proses yang kita dah mudahkan ini," kata beliau kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Balai Polis Kahang, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata pihaknya membuat pemantauan setiap hari dan setiap kali permasalahan dihadapi majikan atau pekerja asing, agensi yang terlibat telah diminta untuk memudahkankan proses berkenaan.
Selain itu, beliau juga bertemu duta-duta asing termasuk Indonesia, Bangladesh dan Nepal bagi memberi penerangan dan kerjasama agar menerangkan kepada rakyat mereka yang berminat untuk bekerja di Malaysia.
Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan dua warga Bangladesh yang disyaki menjadi dalang sindiket membekal tenaga kerja warga asing dan pemalsuan PKLS.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Imigresen kerana berjaya menumpaskan sindiket berkenaan, yang dipercayai telah beroperasi sejak tujuh hingga lapan bulan lepas.
Pada Jumaat, Jabatan Imigresen menahan enam lelaki termasuk lima warga Bangladesh dan seorang wanita tempatan yang berkahwin dengan salah seorang warga Bangladesh dalam beberapa serbuan berkenaan di Klang, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

Saifuddin Nasution mendengar penerangan daripada Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh (kanan) ketika mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Kahang, Kluang, 28 Jan 2023 --fotoBERNAMA

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Cuti sakit pekerja boleh dipinda
Kemudahan cuti sakit wajar dikaji semula kerana ia membebankan majikan dari segi kos.

Mengaku tipu, lulus kad kredit pelanggan, bekas pegawai bank didenda RM8,000
Mengaku tipu, lulus kad kredit pelanggan, bekas pegawai bank didenda RM8,000

Pengiktirafan profesional untuk graduan TVET akan beri nilai tambah
MBOT menyambut baik komitmen kerajaan untuk terus memperkasa TVET melalui inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023.

Majikan perlu patuh, tidak beri alasan lapuk elak guna pakai Akta Pekerja 1955
Kerajaan menggesa semua majikan mematuhi dan tidak menggunakan pelbagai alasan lapuk bagi mengelak untuk mengguna pakai Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).

Pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah sebabkan kematian majikan
Seksyen 304A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.

Perbaiki sistem, tadbir urus negara atasi masalah pekerja - Anwar
Tugas membersihkan negara bukan sahaja terletak pada tokoh politik, malah melibatkan majikan dan entiti korporat.

Amah mangsa dera di Hong Kong menang pampasan RM476,000
Amah tersebut didera selama dua tahun dan diberikan layanan buruk oleh majikannya dan rahsia itu terbongkar selepas dia mendapatkan perlindungan konsular.

Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.