awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lulus subsidi upah RM12.888 bilion - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
20/05/2021
14:12 MYT
Kerajaan lulus subsidi upah RM12.888 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS mikro. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.888 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) setakat 7 Mei, 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-53, yang dikeluarkan hari ini.
Tengku Zafrul berkata kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menurutnya, setakat 7 Mei, di bawah pembiayaan sektor pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), terdapat 653 permohonan direkodkan bagi pembiayaan itu dan daripada jumlah tersebut sebanyak 325 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM64.6 juta.
"Pihak Kementerian memahami bahawa keadaan pandemik yang masih mencabar menghadkan peniaga untuk memohon daripada dana ini.
"Namun, kerajaan berharap agar apabila keadaan kembali pulih, penggiat industri pelancongan mempunyai dana sedia ada untuk diguna pakai bagi mengembangkan perniagaan masing-masing bagi memanfaatkan gelombang pemulihan ekonomi serantau," katanya.
Tengku Zafrul berkata bagi menyokong sektor pelancongan sehingga 30 Jun, nilai pengecualian cukai yang dimanfaatkan oleh pengendali premis penginapan telah mencecah RM2.333 bilion setakat 7 Mei, iaitu peningkatan sebanyak RM962.7 juta berbanding RM1.37 bilion yang direkodkan pada 29 Jan 2021.
Antara inisiatif lain bagi menyokong sektor pelancongan termasuklah pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan melancong, serta pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zafrul Tengku Abdul Aziz
#ekonomi
#kerajaan
#pelancongan
#cukai
#subsidi
#COVID-19
#pandemik
#sektor pelancongan
#PENJANA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan