awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan MADANI salur peruntukan RM100,000 bagi Program RXZ Members 7.0

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
18/08/2025
11:54 MYT
Kerajaan MADANI salur peruntukan RM100,000 bagi Program RXZ Members 7.0
Anwar menyifatkan Program RXZ Members menjadi platform utama menghimpunkan peminat dan penggiat permotoran dari seluruh negara sekali gus mengangkat potensi industri ke tahap lebih tinggi, - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM100,000 bagi menjayakan penganjuran Program RXZ Members 7.0 yang akan berlangsung mulai 23 Ogos ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut merupakan tanda komitmen kerajaan dalam menyokong industri permotoran tanah air, selain memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang program.
“Kerajaan MADANI mengiktiraf peranan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silaturahim, dan penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat.
"Kerajaan juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak penganjur minggu hadapan bagi menilai keperluan tambahan yang diperlukan bagi melancarkan acara tahunan terbesar komuniti permotoran itu,"menurut kenyataan itu.
Beliau menyifatkan Program RXZ Members menjadi platform utama menghimpunkan peminat dan penggiat dari seluruh negara sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi,
Sehubungan itu, bagi menjamin keselamatan, beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kawalan sewajarnya sepanjang program berlangsung.
"Saya menyeru semua peserta dan penganjur agar mematuhi peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertanggungjawab, serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa demi menjamin kelancaran dan keselamatan sepanjang acara berlangsung," ujarnya.
Program RXZ Member 7.0 dijadualkan berlangsung selama tiga hari mulai 23 Ogos ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kawalan keselamatan itu melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
Seramai 600 anggota serta pegawai polis akan digerakkan bagi memastikan program RXZ Member 7.0 yang dijangka menghimpunkan lebih 100,000 penunggang motosikal di Terengganu berlangsung dalam keadaan terkawal.
Menurutnya, semua anggota bersama 65 pegawai akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di seluruh negeri bagi memastikan keselamatan peserta dan orang awam terjamin.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Program RXZ Members
#industri permotoran
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan