KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi perkilangan dan perkhidmatan bermutu tinggi bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik (DDI).
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berkata kerajaan mahu pelabur dari seluruh dunia termasuk syarikat dari China mengetahui bahawa kilang tempatan bukan sahaja boleh menghasilkan produk biasa tetapi juga produk bermutu tinggi termasuk semikonduktor dan bidang lain.
"Ekonomi kita juga bukan untuk perkhidmatan biasa tetapi juga untuk perkhidmatan ibu pejabat serantau, perkhidmatan perundangan, perkhidmatan alam sekitar atau perkhidmatan kejuruteraan.
"Ini adalah hasrat kita supaya negara kita diangkat dan diambil kira oleh syarikat di seluruh dunia termasuk China, bahawa Malaysia sebuah negara yang unik dan boleh menghasilkan perkilangan dan perkhidmatan bermutu tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis promosi Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 (CIIE) di sini, hari ini.
Sementara itu, menerusi ucapannya, Liew berkata dalam konteks perkilangan dan perkhidmatan bermutu tinggi, perlu ada penyepaduan lebih kukuh antara kerajaan dan entiti swasta.
"Tanggungjawab kita adalah untuk menambah baik peraturan dan mencadangkan inisiatif yang membawa impak positif kepada perniagaan Malaysia-China, menumpukan kepada perkilangan dan perkhidmatan bermutu tinggi dalam kerangka dasar dan undang-undang.
"Penyelarasan ekonomi dan kerjasama antara perniagaan sangat ditekankan, dan acara seperti CIIE menyediakan platform kepada usahawan Malaysia untuk melibatkan diri dengan perniagaan China, memudahkan hubungan perdagangan dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata perkara utama adalah untuk menggalakkan kerjasama penting, membantu persefahaman bersama melalui pameran dan ekspo, dan memupuk pemahaman tentang peraturan dan kawalan ekonomi antara satu sama lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Liew Chin Tong berkata, kerajaan mahu pelabur dari seluruh dunia mengetahui bahawa kilang tempatan mampu menghasilkan produk bermutu tinggi termasuk semikonduktor. - Gambar fail/Bernama
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
AWANI Ringkas: DBKL sedia garis panduan pokok berusia dan berisiko tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel teruskan operasi ketenteraan di Rafah
Seorang pegawai kanan Israel berkata bahawa pusingan terbaharu rundingan di Kaherah untuk menghentikan permusuhan di Gaza telah berakhir dan Israel akan meneruskan operasinya di Rafah dan bahagian lain di Semenanjung Gaza seperti yang dirancang.
Kerajaan mahu jadikan Malaysia destinasi perkilangan, perkhidmatan bermutu tinggi - MITI
Kerajaan mahu pelabur dari seluruh dunia mengetahui bahawa kilang tempatan mampu menghasilkan produk bermutu tinggi termasuk semikonduktor.
Bagan Datuk bakal terima pelaburan antaranya dari China, Turki - Ahmad Zahid
Tiga pelabur melibatkan industri perkilangan dan perkapalan antaranya dari negara China dan Turki telah menyatakan komitmen kepada kerajaan untuk melabur di Bagan Datuk.