awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mahu lebih ramai golongan muda berniaga 'Food Truck'

Bernama
Bernama
07/01/2018
05:34 MYT
Kerajaan mahu lebih ramai golongan muda berniaga 'Food Truck'
TENGKU ADNAN mahu lebih ramai golongan muda menceburi perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan ('food truck'). - Gambar fail Bernama
Kementerian Wilayah Persekutuan mahu lebih ramai golongan muda menceburi perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan ('food truck').
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perniagaan 'food truck' mampu mengukuhkan ekonomi golongan muda terutama di bandar kerana ia boleh dijadikan sebagai pendapatan kedua mereka.
"Ramai antara mereka (golongan muda) menjadikan perniagaan 'food truck' sebagai pendapatan kedua. Siang mereka bekerja dan malam mereka berniaga 'food truck'. Ini cara untuk tingkatkan pendapatan bagi warga Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa 2018, di sini hari ini.
Katanya golongan muda juga diseru menceburi bidang ini bagi menambah variasi makanan yang dijual.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata peniaga warung dan penjaja terutama di Kuala Lumpur digesa supaya segera mendapatkan lesen perniagaan 'food truck' bagi merealisasikan hasrat sifar penjaja haram di sekitar ibu negara menjelang 2020.
"Kita beri geran RM10,000 bagi mereka mengembangkan perniagaan 'food truck'. Selain itu kita bekerjasama dengan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan Mara (Majlis Amanah Rakyat) untuk membantu mereka memulakan serta mengembangkan perniagaan," katanya.
Beliau menambah setakat ini sebanyak 250 lesen 'food truck' telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Food truck
#Geran
#kedua
#MARA
#pendapatan
#TEKUN
#Tengku Andan Tengku Mansor
#trak makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan