GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal susulan kebakaran di kawasan itu sejak Rabu lepas masih berlarutan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya sedang menunggu laporan daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan akan membangkitkan isu berkenaan pada mesyuarat Exco kerajaan Pulau Pinang, Rabu ini.
"Notis-notis sudah dikeluarkan (sebelum ini terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan) apabila MBSP mendapati kerja-kerja wajib di bawah jadual tidak dilakukan. Kita akan lihat cadangan tindakan yang boleh diambil, senario paling teruk adalah menamatkan konsesi syarikat tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ulang Tahun Ke-50 Perindustrian Pulau Pinang di sini hari ini.
Menurut Chow pihak pengurusan iaitu Syarikat PLB Terang Sdn Bhd telah mula menguruskan tapak pelupusan sampah tersebut sejak lima tahun lepas dan mempunyai kontrak konsesi selama 21 tahun.
Beliau berkata operasi pelupusan sampah tidak boleh ditawarkan sebagai kontrak jangka masa pendek kerana ia melibatkan pengurusan yang amat terperinci dan memerlukan pengoperasian setiap hari.
"Segala keputusan dari segi tindakan terhadap pihak pengurusan tidak boleh terburu-buru dan memerlukan rancangan rapi," katanya.
Tapak pelupusan sampah itu dilapor terbakar pada kira-kira 5 petang Rabu lepas dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela telah membuat penghalang bagi mengelak api terus merebak.
Sementara itu, di Nibong Tebal, Ketua Balai Bomba Nibong Tebal Noor Asfariza Mohamad Abdul Kadir berkata pihaknya berdepan kekangan sumber air memandangkan tiada bekalan air secukupnya di kawasan tapak pelupusan sampah itu.
"Kebakaran setakat ini (berjaya) dipadam tujuh peratus sahaja dan kita menghadapi kekangan air sebab tiada sumber air di sini. Laut (sumber air) jauh. Kolam (pula) berisiko sebab mengandungi bahan kimia," katanya yang ditemui di tapak pelupusan sampah tersebut.
Beliau berkata setakat ini pihaknya hanya bergantung kepada sumber bekalan air tangki yang dibekalkan MBSP bagi memadam saki-baki kebakaran.
"Ketika ini, lori tangki kecil sahaja yang boleh naik dan suhu di sana agak panas dan berasap tebal, jadi kita berwaspada demi keselamatan anggota yang memadam api selama 12 jam bermula 8 pagi hingga 8 malam yang sudah memasuki hari keenam," katanya.
Kebakaran itu membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
Tapak pelupusan sampah itu dilapor terbakar pada kira-kira 5 petang Rabu lepas. - Gambar/ Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Tapak pelupusan sampah terbakar di Pasir Gudang
Tapak pelupusan sampah yang dianggarkan seluas 2.9 hektar di Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini terbakar pada Jumaat.
JAS Johor pantau kualiti udara akibat kebakaran pusat pelupusan sampah
Pengarah JAS Johor Mohd Famey Yusoff berkata pemantauan dilakukan pihaknya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).
Kerajaan negeri ambil tindakan terhadap pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung
Kerajaan Pulau Pinang akan mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal susulan kebakaran di kawasan itu sejak Rabu lepas masih berlarutan.
Pembinaan insinerator di peringkat lantik juru runding
Pembinaan pusat pelupusan sampah menggunakan kaedah pembakaran, insinerator, berskala besar kini berada di peringkat melantik juru runding.