awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri bantu bina semula rumah mangsa kebakaran di Putatan

Bernama
Bernama
18/06/2025
12:15 MYT
Kerajaan negeri bantu bina semula rumah mangsa kebakaran di Putatan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan bantuan berjumlah antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi rumah yang mengalami kerosakan separa akibat kebakaran. - Gambar fail/BERNAMA
PUTATAN: Kerajaan negeri akan membina semula rumah yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Petagas dan Bukit Vor, menerusi Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di tapak asal kediaman masing-masing.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan bantuan berjumlah antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi rumah yang mengalami kerosakan separa akibat kebakaran.
"Kerajaan negeri amat prihatin dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara terutama ketika berdepan musibah," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Sri Putatan hari ini.
Dalam pada itu, katanya setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat akan menerima pelbagai bentuk bantuan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI), Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang masing-masing menyalurkan RM1,000 dan bakul makanan, serta RM300 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.
Kebakaran di Kampung Petagas pada Isnin lepas yang berlaku kira-kira pukul 4 petang membabitkan 20 KIR melibatkan 46 mangsa, manakala kejadian di Bukit Vor pada Selasa mengakibatkan lapan KIR kehilangan tempat tinggal melibatkan 28 mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan negeri
#Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya
#kebakaran di Putatan
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami