awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri cadang pasang CCTV di sekolah, elak kejadian tidak diingini

Bernama
Bernama
18/12/2023
09:25 MYT
Kerajaan negeri cadang pasang CCTV di sekolah, elak kejadian tidak diingini
Cadangan pemasangan CCTV itu dilihat mampu memberikan maklumat selain memantau sebarang insiden yang berlaku sepanjang waktu persekolahan berlangsung. - Gambar hiasan
IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan mengenai cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sekolah di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata cadangan itu dilihat mampu memberikan maklumat selain memantau sebarang insiden yang berlaku sepanjang waktu persekolahan berlangsung.
"Kita akui bahawa cadangan ini memerlukan kos perbelanjaan yang besar namun jika diteliti dengan lebih mendalam ia satu cadangan yang baik untuk kebaikan pada masa akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie di kediaman mereka di sini, hari ini.
Pada Jumaat lepas, Muhammad Zaharif, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati meninggal dunia di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Taman Jati, di sini berhampiran sekolahnya.
Selain itu, Mohd Azlan berkata turut meminta semua pihak supaya memadamkan video serta foto berkaitan kemalangan di media sosial yang berlaku bagi menghormati perasaan keluarga mangsa.
Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana individu yqng berdegil serta terus menyebarkan video insiden itu di media sosial.
Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri Johari Kassim berkata pihaknya berharap perkara ini tidak disensasikan kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berjalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CCTV
#sekolah
#kejadian tidak diingini
#Kerajaan Negeri Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan