GEORGE TOWN:Kerajaan Pulau Pinang mencadangkan kerajaan Persekutuan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Reman Pulau Pinang dan kuarter kakitangannya susulan pertambahan 141 kes baharu hari ini.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri akan mengemukakan cadangan itu dalam masa terdekat.
"Sekiranya PKPD dilaksanakan, ia akan melibatkan 2,800 orang terdiri daripada banduan, kakitangan dan ahli keluarga petugas penjara yang menetap di kuarters.
"Semua agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah bersiap sedia sekiranya PKPD itu dilaksanakan.
"Cadangan tersebut dibuat kerajaan negeri selepas mengambil kira penilaian risiko JKNPP (Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang) untuk panduan dan tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar di sini, hari ini.
Menurut Kon Yeow, sehingga kini, JKNPP memaklumkan kes-kes aktif Kluster Penjara Reman adalah tertumpu dalam kalangan banduan sahaja, justeru pemantauan lanjut akan terus dijalankan.
Beliau berkata, kesemua banduan dan petugas di Penjara Reman Pulau Pinang telah menjalani saringan dan saringan kedua juga mula dijalankan hari ini.
Dalam pada itu, Kon Yeow berharap rakyat negeri itu kekal tenang dan terus menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Asmayani Khalib memberi jaminan fasiliti perubatan dan kakitangan hospital di negeri itu ketika ini mencukupi dalam menangani peningkatan kes COVID-19.
"Kita juga sudah mewujudkan pusat rawatan khas berisiko rendah di dalam penjara bagi proses rawatan, saringan dan kuarantin manakala kes kritikal dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Oct 12 2020
MKN negeri akan mengemukakan cadangan pelaksanaan PKPD itu dalam masa terdekat. -Gambar fail/ Astro AWANI
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
COVID-19: Polis nafi sekat jalan sekitar Penjara Reman Pulau Pinang
Soffian berkata tiada laluan ditutup ataupun sekatan jalan raya dilaksanakan polis di sekitar kawasan berdekatan penjara Reman di Georgetown buat masa ini.
COVID-19: Semua petugas, banduan Penjara Reman Pulau Pinang jalani saringan
Semua petugas penjara dan banduan kontak rapat dengan banduan lelaki meninggal dunia itu juga telah dikuarantin serta diasingkan daripada mereka yang lain.
Sanitasi awam di Penjara Reman Pulau Pinang bendung penularan COVID-19
Aspek kesihatan dan keselamatan penghuni terutama kakitangan penjara menjadi keutamaan pihaknya dengan langkah pencegahan mula dilakukan sejak awal penularan wabak itu di negara ini.