awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
Roma intai peluang bersatu semula dengan Mo Salah
Akmal Rizal kecewa KRW FC gagal manfaat peluang, tewas 0-1 kepada Kuching City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2018
09:12 MYT
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
IDris berkata, bantuan itu bertujuan menghargai usaha dan tugas kariah dalam bidang berkenaan melaksanakan tanggungjawab dengan niat untuk mendapat keberkatan daripada punca halal. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Melaka hari ini mengumumkan insentif khas berjumlah RM250 kepada semua penggali kubur dan pembantunya di negeri itu, membabitkan peruntukan tambahan mencecah RM500,000.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata pembayaran khas kepada seramai kira-kira 500 individu itu akan disempurnakan selewat-lewatnya sebelum menjelang perayaan Aidilfitri, akan datang.
Beliau berkata, bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Jelasnya, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah peruntukan bagi kategori penggali kubur ini sebagai pengiktirafan kepada kelompok yang diaanggap sebagai ‘wira yang tidak didendang’.
Beliau mengumumkan demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Multaqa Murabbi Ummah (MMU) peringkat negeri di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh pada Ahad.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha.
Idris yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (maim) berkata, kerajaan negeri turut bersetuju untuk memberi pemberian tambahan dengan nilai sama kepada lebih 1,000 murabbi termasuk imam, noja, guru takmir, dan guru kelas agama dan fardhu ain (Kafa).
Katanya, ia bertujuan menghargai usaha dan tugas kariah dalam bidang berkenaan melaksanakan tanggungjawab dengan niat untuk mendapat keberkatan daripada punca halal.
Sementara itu, Jamil berkata melaka menerima peruntukan sebanyak RM3.2 juta daripada kerajaan pusat untuk diagihkan kepada semua jawatankuasa murabbi berkenaan.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#idris haron
#insentif
#kerajaan negeri
#Melaka
#penggali kubur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan