awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri pandang serius dakwaan enam sahabat keracunan makanan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
05/06/2022
20:40 MYT
Kerajaan negeri pandang serius dakwaan enam sahabat keracunan makanan
Ariffin Deraman menegaskan perkara seumpama itu perlu tindakan segera kerana ia melibatkan soal keselamatan pelancong. - Foto fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu memandang serius dakwaan enam sahabat keracunan makanan semasa bercuti di Pulau Perhentian Kecil yang dipercayai akibat pencemaran sisa kumbahan tidak dirawat baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, jabatan berkaitan telah diarah mengambil sampel air serta melakukan pemantauan terhadap isu yang tular itu.
Ariffin dalam kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Isnin menegaskan, perkara seumpama itu perlu tindakan segera kerana ia melibatkan soal keselamatan pelancong.
Pada masa sama, ia bertujuan menolak tanggapan negatif yang boleh menjejaskan keyakinan pelancong untuk berkunjung ke pulau peranginan di Terengganu.
Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) masih menjalankan siasatan terperinci berhubung perkara itu.
BACA: JKNT siasat dakwaan enam sahabat keracunan makanan di Pulau Perhentian
Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata walaupun Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes itu namun pihaknya tetap menjalankan siasatan lanjut.
Jelas Dr Kasemani, menerusi semakan data kejadian keracunan makanan bagi tahun 2021 dan sehingga 5 Jun lalu pihaknya tidak menerima notifikasi berhubung kes keracunan makanan di Pulau Perhentian.
Beliau berkata PKD Besut juga telah bekerjasama dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan dan Pejabat Daerah Besut dalam operasi pemeriksaan premis makanan dan bekalan air di Pulau Perhentian pada 1 hingga 3 Jun lepas.
Sebanyak 49 premis makanan diperiksa dengan 17 premis diberi Gred A, manakala 32 premis diberi Gred B.
Terdahulu sebuah portal berita melaporkan enam sekawan mendakwa mengalami keracunan makanan selepas berenang di perairan yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan yang tidak dirawat di Pulau Perhentian Kecil di Terengganu.
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#Pulau Perhentian Kecil
#Ariffin Deraman
#sampel air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan