awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri Sarawak akan terus tanggung caj kuarantin hotel

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
20/05/2020
09:22 MYT
Kerajaan negeri Sarawak akan terus tanggung caj kuarantin hotel
Ujarnya, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini bersetuju untuk menempatkan mereka di beberapa fasiliti seperti hotel-hotel yang terdapat di negeri itu. FOTO: Astro AWANI
Kerajaan negeri Sarawak akan terus menanggung caj kuarantin hotel bagi mereka yang terpaksa menjalani proses kuarantin di pusat kuarantin yang disediakan di negeri itu.
Perkara itu disahkan Pengerusi Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerusi sidang media harian COVID-19 di Kuching pada Rabu.
Ujarnya, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini bersetuju untuk menempatkan mereka di beberapa fasiliti seperti hotel-hotel yang terdapat di negeri itu.
“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) sebelum ini ada berkata kepada saya, kita berhadapan dengan situasi yang sukar ketika ini.
“Adalah penting untuk memberikan keselesaan kepada mereka yang menjalani proses kuarantin dan kerajaan negeri akan menanggung kos penginapan ini,” kata Uggah.
BACA: Tiada lagi penginapan percuma, caj kuarantin hotel dikenakan bermula 1 Jun
Sebelum itu menerusi sidang media sama, Uggah berkata pada hari ini (Rabu, 20 Mei 2020), seramai 517 Person Under Surveillance (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan PUS di 38 buah hotel tersebut adalah seramai 4,259 orang.
Uggah berkata demikian sebagai respons kepada pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengumumkan kerajaan tidak lagi menanggung caj kuarantin hotel bagi warganegara dan bukan warganegara bermula 1 Jun 2020.
Tambah Ismail, caj 100 peratus daripada kadar bayaran hotel bakal dikenakan kepada bukan warganegara manakala caj 50 peratus akan dikenakan kepada warganegara Malaysia.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#JPBNS
#kuarantin
#Kuching
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan