KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri Perak akan menanggung segala urusan menguruskan jenazah lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam nahas di Kilometer di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi tadi.
Naib Canselor USAS, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi berkata, pihaknya juga akan menjaga kebajikan keluarga mangsa, termasuk dari segi penginapan di samping keperluan lain.
"Pagi ini kami berasa begitu sedih sekali kerana lima orang pelajar kami telah meninggal dunia, terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi ini dan ibu bapa semua telah dihubungi.
"Namun demikian kami belum dapat memastikan nama-nama secara khusus sehingga dapat disahkan oleh pihak hospital, oleh forensik. Jadi insyaAllah kami akan maklumkan dari semasa ke semasa apabila kami telah mendapat pengesahan," katanya.
Beliau ditemui di unit forensik Hospital Kuala Kangsar pada Khamis.
BACA: Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS
BACA: Kereta 5 mangsa rentung dirempuh dari belakang, tersepit di antara dua treler - Polis
Difahamkan lima mangsa dikenali sebagai pemandu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 dari Kubu Bharu, Selangor Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Cukai, Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar Perak.
Kesemua mereka baru kembali dari bercuti Hari Raya Aidilfitri dan dijadualkan menduduki peperiksaan tiga minggu lagi.
Kereta membawa lima mangsa yang rentung terbabit dipercayai dirempuh dari belakang sebelum terbakar.
Abd Razak Mohd Ali
Thu May 12 2022

Ahli keluarga salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler malam tadi, tiba di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar hari ini. - Foto BERNAMA

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Maut terkena sabit sendiri ketika menyamun
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.

Tahanan tertua Palestin maut dalam penjara Israel
Sa'deya Farajallah, ibu kepada lapan anak berasal dari bandar Hebron, Tebing Barat itu meninggal dunia di penjara Damon di utara Israel.

Tragedi 5 penuntut USAS: Keputusan audit keselamatan treler nahas minggu depan
JPJ sedang mengumpulkan maklumat berkaitan KJR (Keselamatan Jalan Raya) dan aspek keselamatan kenderaan perdagangan terhadap treler yang membawa muatan besi tersebut.

Sultan Perak berkenan dengar taklimat kemalangan lima pelajar USAS
Sultan Nazrin rasa zahir dukacita kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima orang pelajar itu secara sangat tragik dan mengerikan.

Tragedi lima penuntut USAS: Pemandu mengaku tidak bersalah pandu treler secara berbahaya
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiga jenazah pelajar USAS disembahyangkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun
Suasana hiba menyelubungi pekarangan masjid apabila jenazah dibawa untuk disembahyangkan.

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga penuntut USAS maut kemalangan
Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham-Allahyarham terbabit sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Kemalangan maut penuntut USAS: JPJ tidak berkompromi
JPJ juga tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan mana-mana pengendali kenderaan perdagangan di Malaysia.

Kemalangan maut penuntut USAS: Tiga jenazah dibawa ke Hospital Taiping
Ketiga-tiga jenazah itu dihantar dengan menaiki ambulans kira-kira jam 9.45 pagi.

Nahas kereta-treler: Jenazah pelajar USAS Ahmad Naim Najmi selamat dikebumi
Jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal pada 3.15 pagi selepas disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, Perak selepas Isyak malam tadi.

Dua mangsa nahas kereta-treler tunjuk perubahan sikap ketika Aidilfitri
Yuzambree tidak menyangka pertemuannya dengan Ahmad Akmal pada lima hari lepas merupakan yang terakhir.