awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan P. Pinang perlu bertanggungjawab terhadap video promosi 'George Town Festival 2024'

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2024
13:30 MYT
Kerajaan P. Pinang perlu bertanggungjawab terhadap video promosi 'George Town Festival 2024'
Mohd Yussof berkata klip video bertemakan “Here and Now” itu nyata tidak mempromosikan semangat muhibah masyarakat berbilang kaum di Pulau Pinang - Foto/Tangkap layar YouTube
KUALA LUMPUR: Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Gabungan Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Melayu Negeri Pulau Pinang (Gagungan) kesal dengan penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata klip video bertemakan “Here and Now” itu nyata tidak mempromosikan semangat muhibah dan masyarakat Madani di Pulau Pinang kerana seolah-olah menafikan kewujudan budaya kaum Melayu di negeri itu.
"George Town Festival diadakan pada setiap tahun sejak 2010 sempena pengisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan festival ini bertujuan untuk merayakan dan memelihara seni dan budaya serta warisan tempatan.
"Kejayaan festival ini tidak dinafikan mempromosi George Town sebagai destinasi pelancongan dalam dan luar negara.
"Namun hal ini dilihat telah membawa implikasi yang mengecewakan beberapa pihak khususnya masyarakat Melayu yang menjadi salah satu teras dalam pembinaan masyarakat di George Town,” kata beliau dalam kenyataan media, hari ini.
Mohd Yussof menambah masyarakat Melayu Pulau Pinang khususnya pemain-pemain seni budaya Melayu melihat pihak penganjur tidak serius dengan peranan seni, budaya dan warisan Melayu tempatan.
Dakwa beliau, hal ini kerana aktiviti-aktiviti atau persembahan-persembahan seni dan budaya Melayu tidak diberi tempat yang sewajarnya.
Malah, beliau memaklumkan seorang ahli Gabungan telah menghubungi pegawai kanan penganjur bagi mendapat penjelasan mengenai isu itu, tetapi didakwa menerima jawapan yang bersifat “biadab”
"Pegawai itu (didakwa) berkata seni kebudayaan Melayu tidak mempunyai bahan untuk dipromosikan.
"Pemenang dan Gabungan telah memerhati dengan cukup sabar aktiviti-aktiviti Festival George Town sekian lama dan mendapati penglibatan seni dan budaya Melayu sangat terhad dan terpilih," ujarnya.
Sehubungan itu, Mohd Yussof berkata Kerajaan Pulau Pinang melalui George Town World Heritage Incorporated wajar bertindak dengan penuh tanggungjawab.
Kerajaan negeri, juga katanya harus mengambil tanggungjawab atas kealpaan itu dan bertindak jujur untuk memperbaiki kesilapan yang berlaku dan menjamin supaya kesilapan sedemikian tidak berulang lagi.
Video klip teaser itu didakwa tersebar luas dalam media sosial bagi mempromosikan “George Town Festival” yang dijadual berlangsung pada 19 Julai hingga 28 Julai depan.
Bagaimanapun, difahamkan klik video berdurasi hampir dua minit itu telah dipadam.
Topic Berkaitan
#George Town Festival 2024
#Video promosi George Town Festival 2024
#Kebudayaan kaum di Malaysia
#tourism
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan