awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pada peringkat akhir muktamadkan kriteria kelayakan subsidi RON95 - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
08/09/2025
06:30 MYT
Kerajaan pada peringkat akhir muktamadkan kriteria kelayakan subsidi RON95 - Amir Hamzah
Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan kini pada peringkat akhir untuk memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan di peringkat akhir memuktamadkan kriteria kelayakan dan kaedah pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 bersama pihak berkepentingan.
  • Sistem MyKad dan PADU akan digunakan untuk memastikan hanya rakyat yang layak menerima subsidi semasa pengisian bahan api.
  • Pelaksanaan dijangka akhir bulan ini, dengan jaminan subsidi akan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

Beliau berkata pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 dirangka dengan teliti bagi memastikan majoriti rakyat yang layak tidak terjejas.
"Kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran menggunakan MyKad dapat digunakan ketika membuat pengisian bahan api sebaik sahaja (penyasaran) subsidi RON95 dilaksanakan akhir bulan ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Rose Suryati Alang mengenai pendekatan terkini yang diambil bagi subsidi minyak dan kelancaran pelaksanaannya.
Amir Hamzah, yang turut menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata kerajaan akan menggunakan sistem PADU untuk menentukan kelayakan agar hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat subsidi.
"Kita akan umumkan dan laksanakan pada akhir bulan ini dengan jaminan bahawa rakyat yang layak akan menerima subsidi seperti sepatutnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi petrol RON95
#Amir Hamzah Azizan
#Dewan Negara
#mykad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan