awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pastikan kemiskinan tidak halang pelajar sambung pengajian - Zambry

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
18/11/2025
15:25 MYT
Kerajaan pastikan kemiskinan tidak halang pelajar sambung pengajian - Zambry
Zambry ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI pada Selasa. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dasar semasa kerajaan memberikan penekanan agar tidak ada individu terlepas peluang melanjutkan pengajian disebabkan status miskin.

Ringkasan AI
  • Dasar kerajaan menitikberatkan agar individu miskin tidak terlepas peluang melanjutkan pengajian dengan memastikan akses kepada pendidikan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
  • Menteri Pendidikan Tinggi, Dr. Zambry Abd Kadir, memastikan pelajar dari golongan miskin dapat belajar tanpa halangan ekonomi dengan mengambil tindakan sewajarnya dan menegaskan bahawa akses pendidikan harus disediakan untuk semua.
  • Pihak kerajaan sentiasa memastikan tiada diskriminasi dalam penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi negara, tanpa mengira latar belakang atau geografi pelajar tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata sebarang laporan yang sampai kepada pihaknya akan diambil tindakan sewajarnya untuk memastikan akses kepada pendidikan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
“Dasar kerajaan pastikan pelajar berkenaan dapat belajar. Kita tidak mahu lihat disebabkan masalah kemiskinan menyebabkan seseorang tidak dapat melanjutkan pelajaran. Saya beri jaminan ini kepada anak-anak.
“Apabila saya dapat tahu saja (ada anak-anak miskin tidak dapat sambung pengajian), saya arahkan cari mereka. Pendekatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) contohnya, Naib Canselor dan kakitangan universiti pergi cari (anak-anak miskin ini).
“Saya sebagai menteri, jika terima laporan, saya akan terus minta pihak universiti untuk pastikan pelajar-pelajar ini diberikan peluang. Ini yang kita maksudkan sebagai akses pendidikan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Tambah Zambry, pihaknya juga sentiasa memastikan diskriminasi tidak wujud dalam soal penempatan pelajar dalam sistem pendidikan tinggi negara, tanpa mengira latar belakang dan geografi para pelajar.
[LANGSUNG] #AgendaAWANI | IPT Perhebat Bakat-Bakat Sabah | 18 Nov 2025
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#IPT
#pendidikan
#Zambry Abd Kadir
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan