ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan dalam usaha untuk memastikan kenaikan gaji terhadap kakitangan perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara berterusan setiap tahun sebelum dapat memenuhi tuntutan skim baharu gaji yang dibuat Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berharap agar kongres berkenaan dapat memahami kekangan dari sudut kewangan yang ditanggung kerajaan dalam melaksanakan skim baharu itu yang mana ianya tidak boleh dipenuhi dalam kadar segera.
Bagaimanapun, beliau menyatakan cadangan yang dibuat Cuepacs adalah hak kongres itu dalam membawa suara mereka sebagai pekerja bagi pertimbangan pihak kerajaan.
Ini kerana menurut Ahli Parlimen Pandan itu, kerajaan sentiasa terbuka terhadap apa-apa tuntutan serta cadangan yang dikemukakan Cuepacs atau mana-mana pihak memandangkan kebanyakan daripadanya menyumbang kepada proses pembangunan negara.
"Yang (tuntutan) itu saya ingat hak masing-masing, kita pun kalau kita bekerja, kita ada banyak tuntutan juga, kita pun tahu dan Cuepacs (juga) sedia maklum bahawa kerajaan ada kekangan (kewangan), apabila kita bercakap pasal baja (pun) memang ada kekangan, semua ada kekangan.
"Cuma yang kerajaan Persekutuan nak tumpu sekarang, kita mungkin tidak boleh untuk tunai semua serta-merta tetapi kita hendak pastikan kita tumpu soal gaji, saya sebut perkara sama juga bahawa kos sara hidup ini dia bukan cerita harga barang sahaja, dia juga soal (berkaitan) gaji," katanya.
Rafizi berkata demikian ketika sidang media Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke12 (RMK12) di Kelab Diraja Kedah, Alor Setar pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa kerajaan juga perlu melihat kesan daripada kenaikan gaji berkenaan dalam tempoh jangka masa panjang memandangkan ia turut memberikan kesan kepada struktur kewangan negara pada masa hadapan.
Semalam, Cuepacs berharap Jemaah Menteri dapat memberikan kelulusan segera cadangan untuk memulakan pasukan yang akan mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam.
Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata pihaknya berharap suatu tempoh masa tidak terlalu lama ditetapkan bagi pasukan ini memberikan dapatan berdasarkan kajian yang dibuat.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jul 09 2023
Rafizi berharap Cuepacs dapat memahami kekangan dari sudut kewangan yang ditanggung kerajaan dalam melaksanakan skim baharu itu yang mana ianya tidak boleh dipenuhi dalam kadar segera. - Gambar fail/BERNAMA
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
CUEPACS gesa kerajaan bina lebih banyak rumah mampu milik penjawat awam
Datuk Adnan Mat berkata ini bagi membantu golongan berkenaan terutama mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.