Skip to main content

Dunia

13 petugas kesihatan cedera dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan

Destroyed buildings hit in Israeli airstrikes are seen in the southern port city of Tyre, Lebanon, Sunday, May 31, 2026. (AP Photo)
Antara bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di bandar pelabuhan selatan, Tyre, Lebanon, pada Ahad- Gambar AP

BEIRUT: Seramai 13 petugas kesihatan cedera dalam serangan udara Israel pada Ahad yang menyasarkan kawasan sekitar Hospital Hiram di Bandar Tyre, selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan Lubanon.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pengeboman berkenaan turut mengakibatkan "kerosakan teruk selepas hospital itu sememangnya telah mengalami kerosakan dalam serangan Israel sebelum ini."

Pihak kementerian turut menggesa komuniti antarabangsa untuk "menamatkan serangan Israel yang semakin memuncak dan meluas tanpa menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta norma antarabangsa."

Serangan berkenaan berlaku ketika tentera Israel mempertingkatkan serangan mereka di seluruh Lubnan, di tengah-tengah pelanggaran harian terhadap perjanjian gencatan senjata rapuh yang telah berkuat kuasa sejak pertengahan April lepas.

Menurut pegawai Lubnan, sejak 2 Mac, serangan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 3,371 orang, mencederakan 10,129 yang lain dan menyebabkan lebih 1.6 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement