MANJUNG:Kerajaan Perak mengakui sebanyak enam kuari beroperasi di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang di sini dengan semua pengusaha projek itu dikesan melanggar syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).
Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, berkata secara keseluruhan pihaknya mengesan 52 kesalahan pelanggaran syarat dilakukan enam kuari itu serta tiga lagi kuari di kawasan persendirian di daerah ini.
Beliau berkata, dua daripada kuari itu telah diperintah menghentikan operasi dengan pihaknya mengeluarkan 42 kompaun bernilai RM2,000 setiap satu.
Katanya, sebanyak 10 kertas siasatan turut dibuka di samping beberapa tindakan penguatkuasaan lain.
"Op Gempur Kuari ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan memberi mesej kepada semua pihak bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi-agensi berkaitan serius dan komited dalam mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah alam sekitar.
"Kita juga mahu memastikan pihak pemaju menjalankan operasi dan kerja-kerja tanah mengikut kehendak perundangan yang telah ditetapkan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak berkenaan," katanya.
BACA: Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih terpelihara, yang tular alur air bermusim- Exco Perak
BACA: Kerajaan Perak sekali lagi tegaskan Air Terjun Tanjung Batu tidak musnah - Exco
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Op Gempur Kuari di Dewan Orang Ramai Sungai Batu, Pantai Remis, pada Rabu.
Hadir sama Pengarah JAS Perak, Rosli Zul serta Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Datuk Ir Ahmad Zukni Ahmad Khalil.
Mengulas lanjut, Mohd Akmal berkata antara kesalahan yang dikesan dilakukan pengusaha kuari ialah gagal menyediakan kawalan hakisan dan kelodak yang berkesan selain gagal menyediakan sistem tertutup pemindahan batuan.
Katanya, berikutan itu JAS akan terus memantau dengan lebih ketat bagi memastikan kuari-kuari berkenaan mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan.
Beliau berkata, hampir kesemua projek kuari itu termasuk di HSK Segari Melintang mempunyai kebenaran untuk beroperasi sejak lebih 20 tahun lalu dan mempunyai kelulusan EIA.
Baru-baru ini media melaporkan dua kuari yang beroperasi di HSK Segari Melintang telah menyebabkan berlaku kerosakan alam sekitar.
Sementara itu, difahamkan HSK di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri mempunyai dua kategori iaitu hutan hutan perlindungan dan hutan pengeluaran.
Hutan perlindungan diwartakan sebagai kawasan perlindungan sepenuhnya daripada sebarang aktiviti manusia manakala hutan pengeluaran pula dibenarkan aktiviti pengeluaran hasil dengan permit.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Feb 03 2021

Antara kuari yang ditinjau dalam Op Gempur Kuari di Manjung, Perak hari ini. - Gambar/ Astro AWANI

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin 'conveyer'
Polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.

Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.

Bunyi letupan, gegaran di Ipoh tiada kaitan latihan letupan atau kuari - Polis
Hasil semakan dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.

Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes
Sepasukan pegawai penyiasatnya diarahkan ke lokasi kejadian pada Selasa bagi menjalankan siasatan.

Jengkaut terbalik, dua pekerja warga Bangladesh maut
Kedua-dua lelaki yang berumur antara 30 dan 40-an itu disahkan maut di lokasi kejadian.

Tiada lesen, kelulusan baharu dikeluarkan untuk aktiviti kuari di Hutan Simpan Gunung Raya
Kerajaan negeri Kedah hari ini menafikan telah mengeluarkan sebarang lesen atau kelulusan baharu untuk aktiviti pengkuarian, pengeluaran pasir darat dan pembalakan di Hutan Simpan Gunung Raya (HSGR).

Kuari runtuh: Penyelamat kenal pasti lokasi mangsa dipercayai tertimbus
Ia hasil perbincangan JBPM bersama semua agensi yang terlibat di dalam operasi pagi ini.

Runtuhan batu kuari: Masih berlaku pergerakan tanah, runtuhan kecil
Kerja-kerja menyelamat dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan, dihentikan sementara.

Runtuhan batu kuari: Bomba pasang alat mengesan pergerakan tanah
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi Selasa, dua pekerja berjaya menyelamatkan diri manakala dua masih hilang, dikhuatiri tertimbus.

JAS P. Pinang arah kuari henti operasi serta-merta, pemaju, kontraktor akan didakwa
Arahan tersebut dikeluarkan selepas siasatan mendapati pemaju melanggar peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.