awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perak kerjasama dengan RoS pantau dana NGO, pastikan tidak diseleweng - Exco

Bernama
Bernama
09/09/2023
21:40 MYT
Kerajaan Perak kerjasama dengan RoS pantau dana NGO, pastikan tidak diseleweng - Exco
Mohd Azlan (tiga, kanan) menyampaikan hadiah kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh yang menjuarai Pertandingan Sketsa Rukun Negara 2023 Peringkat Negeri Perak di Taiping Mall. - Foto BERNAMA
TAIPING: Kerajaan negeri Perak akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi memastikan dana yang disalurkan kepada mana-mana Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri ini tidak disalah guna untuk tujuan peribadi.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata mana-mana NGO yang tidak menghantar penyata tahunan mereka kepada RoS akan dikenakan tindakan tegas, termasuk digantung pendaftarannya.
"Kita bersikap tegas dalam hal ini kerana tidak mahu ada dana awam untuk kepentingan rakyat diseleweng untuk tujuan yang tidak sepatutnya," katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Akhir Sketsa Rukun Negara Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Perak di Taiping Mall di sini pada Sabtu.
Mengulas mengenai program pertandingan malam ini Azlan berkata ia merupakan antara pendekatan yang dilihat mampu mencungkil bakat-bakat baru khusus dalam bidang seni, dan pihaknya akan terus bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Negeri Perak bagi memperluaskan penganjuran program itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
#ros
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan