PARIT : Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju dengan cadangan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar berhampiran Felcra Nasaruddin di Bota, dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata projek itu dicadang dibangun di atas tanah berkeluasan 1,618.74 hektar.
Katanya, lokasi yang dikenal pasti itu terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari tapak asal cadangan pembinaan lapangan terbang berkenaan.
Katanya kajian awal tersebut dilaksanakan sebuah syarikat kejuruteraan infrastruktur antarabangsa yang berpusat di United Kingdom (UK), Colebrand International Limited.
“Syarikat ini telah mengadakan perjumpaan dengan Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Pengangkutan dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum ini. Secara prinsipnya kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan sudah bersetuju dengan projek ini.
“Kini, kerajaan negeri mengadakan lawatan tapak bersama syarikat berkenaan bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka (berkenaan kesesuaian dan potensi lokasi untuk dibangunkan lapangan terbang itu),” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci anggaran kos cadangan berkenaan selain menjelaskan ia masih memerlukan beberapa kajian awal sebelum melaksanakannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat berkenaan cadangan pembinaan lapangan terbang itu oleh Colebrand International Limited di Pejabat Tanah dan Daerah Perak Tengah, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama, Pengurus Besar Colebrand International Limited, Farid Idrus.
Selain itu, Mohamad Nizar menjelaskan cadangan tapak milik Felcra Nasaruddin, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan Kerajaan Perak yang diusulkan itu tidak melibatkan sebarang kawasan penempatan mahupun aktiviti penerokaan haram.
“Cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu itu bukan untuk bersaing dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, sebaliknya ia sebagai pelengkap antara satu sama lain,” katanya.
Sementara itu, Farid berkata cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar itu dijangka memakan masa lebih lima tahun untuk dilaksanakan.
Katanya ia akan melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan proses kajian lapangan selama enam bulan, sebelum diteruskan kepada fasa kedua mencakupi proses pembinaan yang dijangka dijalankan selama lima tahun.
“Jadi pada fasa pertama ini, kami akan melakukan kajian lapangan terlebih dahulu yang akan diketuai pakar dari luar negara yang juga Pengarah Syarikat, Jim Scott. Kajian berkenaan akan melibatkan topografi, geografi, hidrologi dan ekonomi di kawasan berkenaan,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Fri Jul 28 2023
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, berkata projek itu dicadang dibangun di atas tanah berkeluasan 1,618.74 hektar. - Gambar/ Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penduduk Bota naik teksi percuma ke PPV
Inisiatif itu digerakkan Pusat Khidmat DUN Bota dengan Persatuan Pengusaha dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Bandar Seri Iskandar dengan penglibatan hampir 30 kenderaan.
Panjut hidupkan warisan lama dalam suasana normal baharu
Sekalipun, Syawal disambut dalam suasana sederhana ekoran pandemik COVID-19, namun tradisi lama tidak dilupakan.
Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyi kelahiran, buang mayat bayi
Wanita berusia 22 tahun ditahan di rumahnya di Seri Iskandar selepas polis terima maklumat berkaitan kes menyembunyikan kelahiran dan bau kurang menyenangkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari Sabtu.
Mangsa banjir Kampung Misa di Parit semua lelaki
Kesemua mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang yang dibuka 10 malam Ahad.
Dua maut, tiga parah dalam nahas lima motosikal
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kelima-lima motosikal itu datang dari arah Durian Kudung menghala ke Bota.
Pulau Misa Melayu di Bota wajar jadi pusat kebudayaan
Pulau Misa Melayu di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di sini wajar dijadikan Pusat Kebudayaan orang Melayu kerana ia sering dijadikan lokasi pertemuan bagi penganjuran aktiviti kebudayaan.
Hantar bahan lucah kepada janda, buruh dipenjara enam bulan
Dia didakwa hendak mengaibkan kehormatan wanita berusia 52 tahun apabila memberikan DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh dengan maksud bagi mengganggu kesantunan wanita
Pemandu dan kelindan lori direman bantu siasatan kemalangan maut
Perintah reman sehingga 17 Dis itu dikeluarkan Majistret Batu Gajah Mohd Fitri Sadarudin di sini, hari ini.
Pegawai Khas ADUN Sg Manik antara tiga maut kemalangan di Bota
Kemalangan di Kg Teluk, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan, Perak itu turut mengorbankan isteri mangsa, Norhaslina Abd Razak, 27, serta adiknya, Nor Azira Ahmad Azzudin, 24.
Polis tahan enam penagih, rampas heroin, ganja
Dalam serbuan kira-kira 11.30 pagi, kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan di antara 32 hingga 39 tahun itu didapati sedang menagih dadah.