awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perlu cadang langkah praktikal, tuntas, selesai isu kalimah Allah - Mufti

Bernama
Bernama
07/06/2023
05:38 MYT
Kerajaan perlu cadang langkah praktikal, tuntas, selesai isu kalimah Allah - Mufti
Wan Salim (foto) berkata kerajaan boleh memohon perkenan Majlis Raja-Raja untuk Raja-Raja mengadakan sesi penjelasan kepada semua ketua-ketua agama di Malaysia tentang keunikan situasi di Malaysia. -Gambar fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Kerajaan perlu segera mencadangkan langkah-langkah praktikal yang tuntas bagi dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan, bagi menyelesaikan polemik isu penggunaan kalimah Allah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.
Beliau berkata kerajaan boleh memohon perkenan Majlis Raja-Raja untuk Raja-Raja mengadakan sesi penjelasan kepada semua ketua-ketua agama di Malaysia tentang keunikan situasi di Malaysia iaitu kalimah Allah tidak wajar dikongsi kegunaannya bagi tuhan dalam agama selain Islam.
"Duli-Duli Tuanku boleh memberi titah nasihat kepada ketua-ketua agama supaya sudi bekerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini.
"Ia demi mengelak berlakunya konflik perkauman yang akan merugikan serta menyusahkan semua pihak di negara ini.
"Kadangkala kita perlu mengetepikan kepentingan yang kecil untuk menghindari kemudaratan yang lebih parah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasa gusar dengan isu penggunaan kalimah Allah kerana jika perkara itu gagal diselesaikan segera, ia boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara.
Dalam titah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Isnin, Seri Paduka Baginda bertitah polemik penggunaan kalimah Allah bukan merupakan pendekatan terminologi dan linguistik, sebaliknya berhubung isu akidah umat Islam dan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.
Wan Salim berkata Kerajaan Pusat perlu bertindak segera kerana isu penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan dalam agama selain agama Islam sudah lama dipolemikkan oleh pelbagai pihak di negara ini
Beliau berkata keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri telah dibuat iaitu melarang kalimah Allah digunakan untuk tuhan dalam agama selain Islam kerana ia adalah hak eksklusif bagi agama dan umat Islam.
Namun, katanya keputusan itu seperti tidak diendahkan oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan isu tersebut masih berlarutan.
Beliau bagaimanapun berkata Sabah dan Sarawak dikecualikan daripada perkara tersebut disebabkan suasana dan latar belakang sejarah kedua-dua negeri itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kalimah Allah
#Wan Salim Wan Mohd Noor
#Majlis Raja-Raja
#konflik perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan