awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Murid tahun satu wajar didedah awal aktiviti Pengakap - Nurul Izzah
SUKAN
Projek NTC berjalan lancar, dijangka siap tanpa kelewatan
MALAYSIA
Adabi nafi dakwaan video tular kaitkan pengasas dengan isu penderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kerajaan perluas fungsi NSRC, tubuh rangkaian respons 24 jam tangani jenayah siber - PM

Bernama
Bernama
26/06/2025
15:10 MYT
Sponsor Banner
Kerajaan perluas fungsi NSRC, tubuh rangkaian respons 24 jam tangani jenayah siber - PM
Anwar berkata kerajaan bersetuju menubuhkan rangkaian respons 24 jam yang digerakkan secara menyeluruh oleh pelbagai agensi kerajaan. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memperluas skop fungsi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) agar merangkumi semua bentuk jenayah siber, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga berkata kerajaan bersetuju menubuhkan rangkaian respons 24 jam yang digerakkan secara menyeluruh oleh pelbagai agensi kerajaan.
"Pengukuhan NSRC juga akan dilaksanakan menerusi gabungan kepakaran tempatan, penyelarasan rentas agensi dan pertambahan sumber manusia," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara bagi meneliti langkah segera memperkukuh NSRC.
Anwar berkata mesyuarat itu turut dimaklumkan bahawa terdapat hampir 4.7 bilion percubaan penipuan dalam talian direkodkan sejak 2022 dan menyifatkan ia satu angka yang membimbangkan selain menuntut tindakan tegas serta bersepadu dilaksanakan.
Perdana Menteri juga berkata Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia akan menyegerakan pelaksanaan struktur baharu NSRC termasuk memperjelas peranannya agar mudah difahami dan diakses oleh rakyat.
Beliau berkata pendekatan no wrong door turut diguna pakai bagi memudahkan proses aduan dan bantuan.
"Saya menggesa semua agensi untuk bertindak lebih proaktif dan berpandangan jauh dalam memberikan perlindungan menyeluruh kepada rakyat.
"Pada masa sama, kesiapsiagaan benteng siber negara mesti terus dipertingkat baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Kementerian Dalam Negeri
#keselamatan siber
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami