awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perpaduan akan perkasa golongan OKU - PM Anwar

Faida Rahim
Faida Rahim
03/12/2022
08:30 MYT
Kerajaan Perpaduan akan perkasa golongan OKU - PM Anwar
Menurut Anwar, diskriminasi di pelbagai bidang terhadap OKU mesti dihentikan. - Foto PMO
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan dipimpinnya akan terus memberi fokus kepada usaha memantapkan dan memperkasakan golongan ini.
Tambah beliau, Kerajaan Perpaduan akan terus membantu golongan ini terutama dalam hal pembangunan masyarakat.
“Kerajaan Perpaduan pimpinan saya akan terus memberi fokus kepada usaha pemantapan dan pemerkasaan golongan OKU melalui kebijakan yang tuntas,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Anwar memberitahu meskipun mereka diuji dengan halangan fizikal dan mental, golongan OKU seharusnya diberi peluang menyumbang keringat serta buah fikiran dalam pelbagai sektor di negara ini.
Menurutnya, peluang itu terutamanya berkaitan hal membangun masyarakat dan negara.
“Diskriminasi di pelbagai bidang terhadap OKU mesti dihentikan, sebaliknya kita mesti rangkul segala upaya yang ada untuk membela semua, terutamanya golongan OKU,” katanya.
Sambutan Hari OKU Sedunia pada tarikh 3 Disember adalah sebagai inisiatif bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat sebagai tanggungjawab bersama untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kemampuan dan sumbangan OKU.
Topic Berkaitan
#OKU
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Hari Orang Kelainan Upaya Sedunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan