KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan komited untuk menjalin lebih banyak perkongsian merentasi sektor awam serta swasta dalam usaha memerangi jenayah siber, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, Perkongsian Awam-Swasta atau PPP adalah antara kaedah paling berkesan untuk memerangi jenayah siber kerana ia terbentuk daripada platform sinergi dan neutral di mana pemain industri keselamatan siber serta kerajaan boleh bekerjasama rapat sekali gus memperkasa tindak balas yang lebih pantas terhadap serangan siber.
"Perkongsian antara kerajaan industri perlu terus berkembang, membina kepercayaan, bersikap terbuka kepada cabaran dan berkongsi data dengan seefektif yang mungkin.
"Kami secara aktif berganding bahu dengan rakan kongsi daripada industri hinggalah kepada ahli akademik untuk memberi amaran serta bertindak balas terhadap insiden dan menawarkan bimbingan serta latihan kepada komuniti kita untuk kekal selamat dalam talian," katanya.
Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2023 sempena Ekspo dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber Asia (DSA) 2023, di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching serta Pengerusi Lembaga Pengarah CSM, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Fahmi juga berkata, keselamatan siber akan terus menjadi asas dan prasyarat kritikal untuk kehebatan ekonomi digital Malaysia.
"Kita mesti menyepadukan keselamatan siber ke dalam fabrik kesemua inovasi ini, memastikan bahawa langkah keselamatan bukanlah sesuatu yang difikirkan kemudian sebaliknya komponen intrinsik reka bentuk dan pelaksanaan.
"Sebagai contoh, setakat Julai tahun ini, CSM (CyberSecurity Malaysia) telah menerima sejumlah 3,327 laporan berkaitan insiden siber dengan kes penipuan mencecah 62 peratus," katanya.
Bercakap mengenai pembangunan pelancaran rangkaian 5G di Malaysia, Fahmi berkata, inisiatif itu telah mencapai 66.8 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat Julai 2023.
Katanya, keadaan semasa menunjukkan bahawa kementerian itu berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran 80 peratus rangkaian 5G di CoPA menjelang akhir tahun.
- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Kerajaan Perpaduan komited untuk menjalin lebih banyak perkongsian merentasi sektor awam serta swasta dalam usaha memerangi jenayah siber, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. - Foto Facebook/Fahmi Fadzil
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Polis Thailand banteras 'Shell Company' dikaitkan dengan rangkaian jenayah siber
Pelabur mengupah 14 firma perakaunan untuk mendaftarkan entiti korporat dan membuka akaun bank untuk aktiviti haram.
Perangi jenayah siber, Kerajaan MADANI bentang dua rang undang-undang di Parlimen hari ini
Dua rang undang-undang tersebut ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.
Myanmar beri amaran kepada dalang jenayah siber selepas usir lebih 1,000 penipu
Myanmar berjaya mengenal pasti dan mengusir 1,242 warga asing ke negara asal mereka antara 1 Januari 2022 hingga 22 November 2024.
Pengguna media sosial perlu hati-hati, kukuhkan tetapan sekuriti dan privasi - Pakar
Pengguna perlu ambil langkah kawalan seperti menggunakan verifikasi dua langkah, cap jari, pengecaman wajah serta nombor pas pengesahan transaksi (OTP).
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh - Bank Negara
Daya tahan operasi institusi kewangan kekal utuh pada separuh kedua tahun 2023.
Pengguna tamak dan culas jadi sasaran utama penjenayah siber - Presiden MCCA
Pengguna yang bersikap tamak, culas dan sambil lewa ketika menggunakan sebarang perkhidmatan dalam talian, merupakan sasaran utama penjenayah siber.
Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja berkaitan jenayah siber
Mesyuarat itu turut dihadiri pegawai dari pelbagai kementerian, agensi dan badan yang berkaitan.
Memperkasakan Bahagian Forensik Teknologi SPRM dalam jenayah siber
Kepentingan penyiasatan digital forensik amat relevan terutamanya dalam menyelesaikan kes jenayah, melindungi individu dan organisasi sekali gus menegakkan keadilan.