KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sokongan yang diberikan membuktikan bahawa mereka sudah terbuka untuk bersama dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan, dalam mengembalikan Malaysia ke satu landasan pertumbuhan yang baik dan keadan politik yang stabil.
"Saya sendiri pun terkejut...tapi saya alu-alukan (sokongan). Ini menjadikan sokongan kepada kepimpinanan Perdana Menteri pada waktu ini sudah pada tahap (meliputi) 150 Ahli Parlimen," katanya selepas Majlis Pelancaran Semula Akhbar The Sun, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan tiga Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional yang mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Anwar, termasuk yang terbaru Ahli Parlimen Gua Musang Datuk Mohd Azizi Abu Naim.
Oktober lepas, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman turut mengambil tindakan sama.
Mengenai persoalan sama ada kerajaan mahu mengawal selia TikTok Shop, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok sebagai kesinambungan daripada perbincangan terdahulu.
"Kami sedang bekerjasama untuk memahami lebih lanjut mengenai bagaimana TikTok Shop beroperasi. Kami dimaklumkan mereka mempunyai 300 petugas di Malaysia tetapi terdapat aspek tertentu operasi yang perlu kami teliti.
"Sudah pasti beberapa isu ini mungkin terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup atau mana-mana kementerian lain.
"Tetapi bagi KKD, ia berada dalam bidang MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sebagai pengawal selia serta isu perlindungan data peribadi. Jadi kami melihat aspek ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Fahmi berkata sokongan yang diberikan membuktikan bahawa mereka sudah terbuka untuk bersama dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan. - Foto BERNAMA
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerjasama parti komponen Kerajaan Perpaduan amat baik - Chang
Kerjasama dipamerkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) amat baik, menurut Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.