awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Persekutuan pertimbang kembalikan feri ikonik P. Pinang

Bernama
Bernama
01/03/2023
11:01 MYT
Kerajaan Persekutuan pertimbang kembalikan feri ikonik P. Pinang
Perkhidmatan feri Pulau Pinang telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan Persekutuan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan feri ikonik Pulau Pinang yang telah ditamatkan operasi pada 2020.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya juga berdepan cabaran dari sudut operasi untuk mengembalikan feri ikonik itu disebabkan terminal lama sudah diubah suai untuk feri baharu yang hanya dapat membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal.
"Projek pengubahsuaian terminal feri di kedua-dua belah bahagian pulau dan Seberang Perai ketika ini tidak lagi boleh menampung operasi feri ikonik melibatkan pergerakan kenderaan empat roda," katanya kepada pemberita selepas lawatan sehari ke Pulau Pinang hari ini.
Beliau berkata kerajaan juga akan meneliti cara operasi feri itu, sama ada sebagai feri pelancongan, feri roro atau feri muzium dan akan berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).
Perkhidmatan feri berkenaan telah digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.
Bot laju baharu yang diperkenalkan itu digunakan hanya untuk membawa penumpang pejalan kaki manakala feri ikonik sedia ada membawa kenderaan dua roda iaitu motosikal dan basikal.
Sementara itu, Loke berkata empat feri baharu akan mula beroperasi 1 Ogos ini dengan membawa penumpang pejalan kaki dan penunggang motosikal sahaja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri
#pengangkutan awam
#pulau pinang
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan