Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan dana berjumlah RM30 juta untuk meneruskan usaha pengukuran perimeter tanah adat Bumiputera di Sarawak tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sebelum ini kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk kerja pengukuran tanah itu sebagai proses untuk mengesahkan hak pemilikannya.
"Jumlah ini (yang telah diperuntukkan sebelum ini) perlu ditambah lagi untuk tahun depan dan tahun 2015 bagi membolehkan sejumlah 680,000 hektar tanah adat di negeri ini siap pengukurannya," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Gawai Dayak di Rumah Panjang Wilson Begat Bakir, Penom, Ulu Paku, di sini.
Menurutnya, usaha pengukuran perimeter tanah adat ini adalah di antara aku janji pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional (BN) di Sarawak yang akan ditunaikan.
"Dalam pilihan raya umum ini, masyarakat pribumi dan di luar bandar Sarawak telah menjadi tunjang kepada kemenangan Barisan Nasional," katanya.
Perdana Menteri berkata sokongan padu yang ditunjukkan oleh pengundi pribumi dan di luar bandar Sarawak semasa PRU13 lepas tidak akan disia-siakan oleh kerajaan BN.
Katanya sebagai langkah pertama untuk menghargai sokongan ini, beliau telah mengambil keputusan menambah lebih ramai lagi anggota Parlimen dari Sarawak ke dalam Kabinet Persekutuan.
"Tidak pernah dalam sejarah di negara kita, seramai tujuh orang dari Sarawak berada dalam Kabinet Persekutuan," katanya.
Beliau juga berkata kemakmuran di Sarawak tidak akan terhenti di kawasan bandar sahaja malah akan diperhebatkan lagi di kawasan luar bandar.
"Kita akan memastikan pembangunan negara kita akan diagihkan secara saksama," katanya.
Sebelum itu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas dalam ucapannya berkata program transformasi Perdana Menteri telah banyak memberikan manfaat kepada penduduk di luar bandar.
Katanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program transformasi luar bandar telah berjaya meringankan beban rakyat di samping dapat meningkatkan lagi kemudahan khususnya di luar bandar.
"Kita yakin Datuk Seri Najib mampu membawa negara kita untuk lebih maju lagi dan membawa banyak lagi pembangunan supaya esok untuk kita akan menjadi lebih baik daripada hari ini," katanya.
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu serta beberapa menteri Kabinet persekutuan dan negeri adalah antara tetamu yang hadir pada majlis itu.
Lawatan Najib ke sini merupakan sebahagian daripada program sambutan Gawai Dayak di Sarawak dengan beliau turut singgah di dua buah lagi rumah panjang iaitu di Pakan, Sarikei dan di Selangau, Sibu.
Bernama
Sun Jun 09 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.
1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's
Moody's Investors Service berpendapat bahawa Belanjawan 2019 adalah baik kerana menunjukkan ketelusan yang lebih ketara.
Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia
Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta
Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan bahawa merosakkan undi bukan penyelesaian yang wajar untuk pengundi yang sedang kecewa dengan sistem sedia ada.
PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik
Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.