awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan pertimbang bina tempat khas buat perokok - Dr Dzulkefly

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
03/01/2019
11:36 MYT
Kerajaan pertimbang bina tempat khas buat perokok - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly ditemui dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Program Restoran Tanpa Asap Dan Tembakau di Presint 9 di Putrajaya bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan menyediakan tempat khas buat perokok seperti mana yang dilakukan di negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, cadangan itu akan diteliti semula selepas tempoh enam bulan aktiviti penguatkuasaan undang-undang berkenaan.
"Kita perhatikan hak untuk merokok bagi perokok, itu hak demokrasi mereka. Kita tak halang perokok untuk merokok, malah kita tak boleh mengharamkan merokok.
“Kita mahukan mereka memerhatikan peraturan dan melaksanakan tuntutan itu. Oleh itu kita akan sediakan ruang dan kemudahan untuk mereka selepas tempoh enam bulan ini.” katanya.
BACA: 'Ini bukan kempen 'hangat-hangat tahi ayam' - Dr Dzulkefly
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Program Restoran Tanpa Asap Dan Tembakau di Presint 9 di Putrajaya bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Topic Berkaitan
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Jepun
#Korea Selatan
#larangan merokok
#Menteri Kesihatan
#merokok
#negara maju
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan