awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
Isu rumah ibadat, protes GARAH perlu ditangani berteraskan semangat perpaduan - Aaron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan PH gagal penuhi aspirasi rakyat - Azmin Ali

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
05/09/2020
10:11 MYT
Kerajaan PH gagal penuhi aspirasi rakyat - Azmin Ali
Menurut Azmin, beberapa inisiatif yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional lebih efektif dan "mesra rakyat" terutama dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. - Gambar fail
Beberapa inisiatif yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih efektif dan "mesra rakyat" terutama dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif yang diperkenalkan PN merupakan alternatif yang lebih baik jika dibandingkan dengan Pakatan Harapan (PH).
Sepanjang 22 bulan mentadbir negara, PH disifatkan beliau sebagai kerajaan yang gagal memenuhi aspirasi rakyat.
Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beberapa pelan yang proaktif juga turut dilaksanakan kerajaan PN termasuk dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang akan dijayakan secara adil dan saksama dalam memastikan keseluruhan rakyat di negara ini menerima manfaat daripadanya.
"Yang penting ialah (sebuah) kerajaan itu (mesti) sesuatu kerajaan yang efektif, kerajaan yang bersedia mendengar rintihan rakyat dan mencari jalan penyelesaian.
“Apa yang berlaku sebelum ini adalah kegagalan kerajaan Pakatan Harapan untuk penuhi aspirasi rakyat.
“Walaupun saya sebahagian daripada pentadbiran ketika itu namun saya juga rasakan apa yang dilakukan sebelum ini tidak banyak dapat membantu masalah yang dihadapi rakyat," tegas Azmin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan perlaksanaan #MyMudah peringkat wilayah utara di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Azmin turut menjelaskan kejayaan yang dicapai kerajaan PN turut terbukti dan diiktiraf dunia terutama dalam menangani serta menjalankan proses pemulihan daripada wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#aspirasi rakyat
#Azmin Ali
#kerajaan
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#Wawasan Kemakmuran Bersama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan