awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pusat tampung defisit perbelanjaan mengurus Kelantan - Mustapa

Bernama
Bernama
09/02/2017
10:29 MYT
Kerajaan Pusat tampung defisit perbelanjaan mengurus Kelantan - Mustapa
Datuk Seri Mustapa Mohamed berucap pada Townhall isu-isu semasa bersama dengan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Persekutuan di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan Kelantan memang menghadapi kelemahan terutama dari aspek kewangan, namun kerajaan Pusat membantu mengatasinya atas semangat persekutuan.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan Pusat membantu dari segi menampung defisit perbelanjaan mengurus melalui pemberian geran kepada kerajaan negeri itu.
"Kita tahu kerajaan Kelantan menghadapi masalah kewangan tetapi dalam semangat persekutuan, kerajaan Pusat membantu melalui pemberian geran, yang wajib diberikan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
"Kelantan antara negeri yang banyak kerajaan Pusat menghulurkan bantuan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mendakwa Kelantan adalah sebuah negeri yang gagal dan muflis berikutan ditadbir oleh PAS.
Beliau berkata apabila wujudnya kelemahan, sama ada kerajaan Pusat atau mana-mana kerajaan negeri termasuk Kelantan dan Pulau Pinang, tindakan yang perlu dilakukan ialah memperbaiki kelemahan tersebut.
"(Di Pulau Pinang) ramai Bumiputera yang terhimpit, mereka (kerajaan negeri) tidak membina rumah-rumah kos rendah yang mencukupi sehingga ramai rakyat Pulau Pinang berpindah ke tanah besar, ini kegagalan kerajaan Pulau Pinang namun perlu akui kelemahan dan baiki kelemahan itu," katanya.
Terdahulu, Mustapa menghadiri Program Town Hall Isu-Isu Semasa Bersama Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Mengenai program town hall itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata program dialog bersemuka itu akan diperluaskan di negeri ini bagi menjelaskan isu-isu semasa kepada masyarakat termasuk penjawat awam agar mereka tidak terpedaya dengan pihak yang cuba menabur fitnah kepada kerajaan.
Sementara itu, Asyraf Wajdi mahu orang ramai lebih berhati-hati dengan maklumat yang mereka terima melalui media sosial khususnya berkaitan status halal.
"Banyak isu yang dikitar semula terutama yang melibatkan status halal dan telah pun dijawab oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kita mesti sahkan berita yang diterima dan jangan sebar tanpa ia disahkan," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Mustapa Mohamed
#PAS
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan