awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan

Khalis Khadir
Khalis Khadir
09/10/2024
03:50 MYT
Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Empat strategi utama akan dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan (BPT), kata Mohamad. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA : Empat strategi utama akan dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan (BPT).
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, salah satu daripadanya adalah pengasingan kuasa beberapa agensi yang akan dilakukan segera.
“Pengasingan kuasa ini bagi tujuan tindakan penguatkuasaan membabitkan Bahagian Pembangunan Industri Padi (PIP), Kawalselia Padi Beras (KPB) dan wakil kerajaan dalam Padi Beras Nasional (BERNAS).
“Kedua ialah tujuh agensi penguat kuasa KPKM akan digabungkan di bawah satu entiti yang namanya akan dimaklumkan kelak.
“Ia melibatkan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan kementerian, di sini, pada Rabu. Mengulas lanjut, beliau memberitahu kerajaan turut memperkenalkan Peraturan Melarang Campuran Beras Putih Tempatan dengan beras putih import.
Jelasnya, pekeliling mengenai peraturan berkenaan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Bagi memastikan isu itu ditangani secepat mungkin, reformasi pentadbiran turut dilaksanakan melibatkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).
Topic Berkaitan
#beras putih tempatan
#pengasingan kuasa'
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#Mohamad Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan