awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sabah batalkan sambutan Hari Malaysia malam esok, tumpu tangani bencana

Asyraf Malik
Asyraf Malik
15/09/2025
06:13 MYT
Kerajaan Sabah batalkan sambutan Hari Malaysia malam esok, tumpu tangani bencana
Hajiji berkata beliau juga mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah pada Isnin mengumumkan pembatalan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu malam esok.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Sabah batal sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan di Padang Merdeka esok malam susulan bencana banjir dan tanah runtuh.
  • Sekurang-kurangnya tujuh daerah terjejas akibat hujan berterusan, dengan keutamaan kerajaan negeri kini tertumpu kepada pengurusan krisis dan operasi menyelamat.
  • JPBN Sabah diarah bersiap siaga sepenuhnya, manakala orang ramai dinasihat berwaspada dan patuhi arahan keselamatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan ini diambil berikutan siri bencana akibat hujan berterusan yang menjejaskan sekurang-kurangnya tujuh daerah di Sabah.
Tegas beliau, keutamaan segera kerajaan negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti yang terjejas.
"Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman. Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat harus diutamakan.
"Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah diminta berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersiap sedia untuk tindakan segera," ujar Hajiji dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah Hajiji, JPBN Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong kini mengadakan mesyuarat untuk memantau perkembangan dan menyelaras tindakan segera di daerah terlibat.
Orang ramai dinasihati supaya terus berwaspada, mematuhi nasihat keselamatan, serta memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyelamat ketika usaha sedang dipertingkatkan di seluruh negeri.
Topic Berkaitan
#Sambutan Hari Malaysia
#kerajaan negeri Sabah
#pembatalan
#Hajiji Noor
#bencana tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan