PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta bagi projek pascabanjir di negeri Johor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan (MOF) akan menyegerakan peruntukan tersebut bagi meringankan beban Kerajaan Negeri dan mangsa-mangsa banjir di Johor.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Mesyuarat Kabinet telah memutuskan agar semua jentera kementerian melibatkan diri dalam program pascabanjir di Johor.
“Kita dapati mangsa banjir (di Johor) mencecah 82,831 mangsa. Manakala, seramai 26,879 mangsa masih berada di 102 PPS yang dibuka di Johor.
“Ada peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta daripada MOF yang akan disegerakan, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah turun dan kenal pasti projek (pascabanjir) bersama Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) serta Kerajaan Negeri Johor,” kata Perdana Menteri pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, pada Jumaat.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadhilah Yusof.
Perdana Menteri menambah, setakat ini seramai 16,167 Ketua Isi Rumah (KIR) telah menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000.
Dalam pada itu, Anwar mengajak semua badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), universiti serta sukarelawan dari jabatan kerajaan untuk turun segera bagi mengurangkan beban jentera di Johor.
“Saya telah hubungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Kerajaan Negeri Selangor untuk berikan bantuan segera.
“Sekarang pascabanjir perlu sukarelawan ramai dan keperluan asas lain serta kemudahan seperti alat penyembur air atau ‘water jet'.
“Semua peralatan tersebut akan ditambah oleh kerajaan,” kata Perdana Menteri.
Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memohon Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan khas selepas situasi banjir di negeri itu reda.
Baginda bertitah peruntukan khas tersebut bagi membaik pulih infrastruktur awam dan harta benda yang telah rosak dan musnah akibat banjir.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 17 2023
Anwar (dua, kanan) berkata, Kementerian Kewangan (MoF) akan menyegerakan peruntukan tersebut bagi meringankan beban Kerajaan Negeri dan mangsa-mangsa banjir di Johor. -Astro AWANI
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir mendiang Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan salur peruntukan tambahan RM150 juta untuk pascabanjir di Johor
Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan akan menyegerakan peruntukan tersebut bagi meringankan beban kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di Johor.