Kerajaan salur RM370 juta naik taraf sekolah agama rakyat sejak 2023

Zulkifli berkata peruntukan ini disalurkan secara berperingkat dengan RM100 juta pada tahun 2023 dan RM150 juta pada tahun 2024, manakala baki disalurkan pada tahun 2025.
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan peruntukan khas berjumlah RM370 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan penambahbaikan sekolah agama rakyat melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), meliputi tempoh dari tahun 2023 hingga 2025.
Ringkasan AI
- Kerajaan menyalurkan dana khas melalui JAKIM untuk sekolah agama rakyat, diagih secara berperingkat hingga 2025.
- Dana tambahan akan diteruskan pada 2026 bagi menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam berdaftar.
- Langkah ini tegaskan usaha kerajaan memperkasa pendidikan Islam dan kesejahteraan pelajar.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad @ Yahaya, berkenaan jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada sekolah agama rakyat bagi tahun 2025.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh sistem pendidikan Islam dan memastikan kemudahan sekolah agama rakyat terus dipertingkat demi kesejahteraan pelajar serta masyarakat setempat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


