awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sarawak akan bincang dengan MASwings isu kenaikan harga tiket ke Bario

Bernama
Bernama
23/10/2019
20:49 MYT
Kerajaan Sarawak akan bincang dengan MASwings isu kenaikan harga tiket ke Bario
Komuniti di Bario terutama pengusaha inap desa dikhabarkan tidak gembira dengan pengumuman kenaikan tambang MASwings. - Gambar hiasan
Kerajaan Negeri Sarawak akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak MASwings mengenai kenaikan harga tambang penerbangan syarikat itu ke atas warga asing untuk ke tanah tinggi Bario dan kawasan peranginan Mulu mulai 1 November depan.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meminta syarikat penerbangan itu tidak terburu-buru menaikkan tambang sehingga tiga kali ganda tanpa mengira kesannya kepada industri pelancongan di dua kawasan pelancongan luar bandar Sarawak itu.
"Ini akan menjejaskan industri pelancongan, ini akan menjejaskan industri inap desa dan memberikan kesan kepada semua usaha yang telah kami lakukan. Lagipun tahun hadapan adalah Tahun Melawat Malaysia (2020)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Informasi Pelawat di bawah Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) yang siap dilaksanakan pengubahsuaian di Old Court House, di sini, pada Rabu.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Persatuan Rurum Kelabit, Dr Philip Raja seperti dilapor media tempatan bahawa komuniti di Bario terutama pengusaha inap desa tidak gembira dengan pengumuman kenaikan tambang itu.
Menurut laporan akhbar berkenaan, ketika ini harga tiket dikenakan kepada warga asing bagi penerbangan sehala MASwings Miri-Bario hanya RM118 seorang dan harga tiket penerbangan pergi balik Miri-Bario yang baharu akan mencecah RM1,037.
Manakala harga tiket penerbangan baharu itu bagi Miri-Marudi ( RM738), Miri-Lawas (RM922) dan Miri-Labuan (RM908) serta Kuching-Mulu (RM1,386).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bario
#harga tiket
#kenaikan harga
#MASWings
#Sarawak
#tiket pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan