Skip to main content

Malaysia

Kerajaan Sarawak terus prihatin kebajikan warganya di Semenanjung - Abang Jo

61650121046_TBABGJO.jpg
Advertisement
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sarawak terus prihatin dengan kebajikan dan keperluan rakyat negeri itu yang bekerja dan belajar di Semenanjung.

Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa prihatin dengan kesulitan masyarakat Sarawak khususnya dalam mendepani cabaran hidup pada masa kini.

Jelasnya, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 sehingga kini, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih dan tidak pernah ketinggalan untuk membantu rakyat Sarawak di luar negara atau di Semenanjung.

‘’Untuk makluman semua setakat ini pihak kerajaan Sarawak telah membantu seramai 38,106 orang yang terdiri daripada 21,214 pelajar dan 16,892 orang awam.

‘’Jenis bantuan yang dihulurkan adalah seperti makanan, penginapan, kos perubatan, penerbangan dan pengurusan penghantaran jenazah,’’ ujarnya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa 'Sungkei Dengan Primier Abang Jo 2022' di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Hadir sama, Timbalan Primier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta beberapa menteri Kabinet Persekutuan.


Must Watch Video

Advertisement