KOTA SAMARAHAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersedia untuk berbelanja besar demi menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonomi negara akibat penularan pandemik COVID-19 sekarang.
Beliau berkata penularan wabak itu amat mencabar bagi kerajaan kerana membabitkan nyawa dan juga menjejaskan ekonomi negara, sehingga memaksa kerajaan berbelanja besar untuk membeli ubat-ubatan, memastikan katil hospital mencukupi serta menambah bilangan doktor dan jururawat.
"Ini kita lakukan kerana kita perlu menyelamatkan setiap nyawa rakyat dan kerajaan telah membelanjakan antara RM7 bilion hingga RM8 bilion untuk selesaikan masalah COVID-19, dan jumlah itu belum lagi termasuk wang untuk pembelian vaksin," katanya ketika berucap pada Program Perjumpaan Masyarakat Samarahan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata kerajaan telah membuat tempahan vaksin dalam kuantiti yang besar kerana tidak mahu mengambil mudah nyawa rakyat.
Beliau turut menyatakan rasa puas hati dengan proses program vaksinasi di Sarawak dan berjanji akan meminta Kementerian Kesihatan menghantar lebih banyak vaksin COVID-19 ke negeri itu.
Pada masa sama, Muhyiddin berkata meskipun berdepan situasi paling sukar dalam sejarah negara berikutan penularan pandemik itu, rakyat kekal bersatu.
Katanya sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau terus berdepan dengan pandemik itu, menyebabkan langkah segera perlu diambil.
"Keputusan terpaksa diambil dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya rakyat selamat daripada musibah pandemik di seluruh negara. Walaupun kesannya besar tetapi tujuannya (penguatkuasaan PKP ialah) supaya rakyat selamat," katanya.
Menurut Muhyiddin, kerajaan terpaksa mengambil langkah mengimbangi nyawa rakyat dan kesan ekonomi, kerana hampir semua sektor ekonomi terpaksa ditutup sehingga menyebabkan negara kerugian RM2.4 bilion sehari semasa pelaksanaan PKP.
Katanya kerajaan telah mengumumkan pelbagai pakej bantuan bernilai RM300 bilion bagi membantu golongan yang terkesan dan keadaan kini beransur pulih dengan hampir 100 peratus sektor ekonomi sudah dibuka semula kecuali beberapa sektor seperti pelancongan.
"Kita kini bersedia untuk kembali beroperasi seperti asal dan kita boleh nampak cahaya di hujung terowong," kata Muhyiddin sambil menambah bahawa pentadbiran negara juga perlu kukuh dan tidak diganggu agar kerajaan boleh memberikan sepenuh tumpuan terhadap usaha membantu rakyat.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Sarawak agar meneruskan sokongan mereka kepada Kerajaan Persekutuan sedia ada bagi membolehkannya terus membantu negeri tersebut untuk mencapai wawasannya menjadi sebuah negeri maju pada 2030.
Menyentuh lawatan terbaharunya ke negeri ini yang merupakan lawatan lengkap pertama beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada Mac tahun lepas, Muhyiddin berkata ada perasaan luar biasa dalam lawatan kerjanya kali ini kerana ia seperti "balik ke kampung halaman sendiri".
"Lawatan ini amat istimewa. Hati saya tersentuh bila Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) berkata GPS (Gabungan Parti Sarawak) akan terus memberi sokongan padu kepada saya sebagai Perdana Menteri," katanya.
Majlis perjumpaan itu merupakan antara program yang disusun dalam jadual padat lawatannya ke Sarawak yang bermula semalam dan beliau dijangka meninjau projek naik taraf Hospital Umum Sarawak petang ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Muhyiddin (tengah) dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (dua, kanan) hadir pada program perjumpaan bersama pemimpin masyarakat Samarahan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR), hari ini. - Foto Bernama
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.