awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
Tahun Baharu Cina: 2,026 tanglung, kuda gergasi tarikan pelancong ke Jonker Walk
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Selangor akan bayar duit lukisan Pak Samad secepat mungkin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
02/04/2014
09:26 MYT
Kerajaan Selangor akan bayar duit lukisan Pak Samad secepat mungkin
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said
Mesyuarat exco kerajaan Selangor hari ini meluluskan pembayaran terhadap dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang didakwa tidak dibayar oleh salah seorang anggotanya.
Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail berkata kelewatan pembayaran berlaku akibat berlaku salah faham.
Katanya, lukisan tersebut dibeli ketika beliau memegang portfolio kebudayaan dan tidak mengetahui dua buah lukisan tersebut perlu dibayar berasingan.
"Mesyuarat exco negeri hari ini telahpun meluluskan pembayaran penuh kepada Pak Samad secepat mungkin selepas ini," Rodziah dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.
Menurut beliau lagi dua buah lukisan tersebut telah diserahkan kepada jabatan Muzium Negeri di bawah pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
Ketika pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu malam tadi, seorang pengulas mendedahkan isu pembelian dua buah lukisan Samad yang didakwa gagal dibayar kerajaan Selangor.
Bagaimanapun Samad dalam ucapan ringkasnya menjelaskan dua buah lukisannya itu dibeli oleh seorang exco kerajaan Selangor untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Topic Berkaitan
#A Samad Said
#Exco Selangor
#Kerajaan Negeri Selangor
#Pak Samad
#Rodziah Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan