awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara

Bernama
Bernama
22/06/2021
15:15 MYT
Kerajaan selesai beli, bayar bekalan vaksin untuk vaksinasi dalam negara
Muhyiddin berkata beliau telahpun mengarahkan menteri-menteri yang terlibat dengan PICK supaya meminta pembekal vaksin membekalkannya dalam kadar yang lebih cepat. - BERNAMA
TANGKAK: Kerajaan sudah selesai membeli dan membayar bekalan vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi dalam negara.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telahpun mengarahkan menteri-menteri yang terlibat dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan supaya meminta pembekal vaksin membekalkannya dalam kadar yang lebih cepat.
"Saya telah jelaskan di peringkat nasional untuk kita naikkan (pemberian vaksin) sehingga 400,000 sehari (vaksin). Sekarang ini hampir 250,000 sehari. Jadi ada lagi ruang untuk ditingkatkan dan ini berdasarkan kepada penyampaian atau 'delivery' vaksin-vaksin yang telahpun kita tempah. Kesemuanya melebihi daripada jumlah yang kita perlukan untuk seluruh negara.
"Ini (vaksin) bukan kita tak beli, kita dah siap beli, bayar dah, tapi dia (bekalan) tak sampai (lagi) kerana seluruh dunia sekarang ni memerlukan vaksin sebab itu kita telah memastikan bekalan itu mencukupi," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Muafakat Johor Bukit Gambir, di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa PPV juga telah bersedia untuk meningkatkan kapasiti pemberian vaksin, namun tidak dapat berbuat demikian disebabkan jumlah vaksin yang tidak mencukupi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#COVID-19
#vaksin
#PPV
#PICK
#Muhyiddin Yassin
#bayaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan