awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Perak bongkar sindiket penyelewengan diesel di Ipoh
KESUMA jalankan kajian lanjut, perhalusi pelaksanaan dasar baharu penggajian ekspatriat - Ramanan
KSN seru tingkatkan komunikasi, kurangkan 'Bahasa Putrajaya'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan semak penggunaan bahan berasaskan asbestos - Arthur

Bernama
Bernama
15/01/2026
12:00 MYT
Kerajaan semak penggunaan bahan berasaskan asbestos - Arthur
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kerajaan sedar dengan kebimbangan yang ditimbulkan dengan perkara itu kini sedang dalam semakan. - Foto BERNAMA
CYBERJAYA: Kerajaan sedang menyemak semula penggunaan berterusan bahan berasaskan asbestos termasuk paip air susulan gesaan untuk larangan sepenuhnya penggunaan bahan itu.

Ringkasan AI
  • Kerajaan menyemak semula penggunaan asbestos termasuk paip air susulan gesaan untuk larangan sepenuhnya bahan itu.
  • Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan kebimbangan berkaitan dengan penggunaan asbestos.
  • Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan untuk mengharamkan sepenuhnya asbestos berikutan risiko kanser paru-paru yang boleh ditimbulkan oleh bahan kimia tersebut.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata kerajaan sedar dengan kebimbangan yang ditimbulkan dengan perkara itu kini sedang dalam semakan.
"Kami akan memaklumkan maklumat lanjut berhubung perkara itu mungkin dalam beberapa bulan akan datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di sini hari ini.
Ditanya jika ia akan dibentangkan di Parlimen pada sidang akan datang, beliau berkata perkara itu bergantung kepada keputusan yang dibuat.
Arthur berkata jika ia melibatkan pindaan kepada akta atau perubahan kepada jadual, cadangan itu perlu dibentangkan di Parlimen.
Bagaimanapun, jika keputusan itu hanya melibatkan perubahan pada garis panduan, ia tidak memerlukan kelulusan Parlimen.
"Dalan kes itu, kami boleh mengeluarkannya sebaik sahaja keputusan dibuat," katanya.
Arthur berkata demikian semasa ditanya berhubung kenyataan menteri sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad pada tahun lepas, bahawa kerajaan sedang memperhalusi cadangan menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan berasaskan asbestos yang masih digunakan secara meluas susulan risiko dan kesan terhadap kesihatan.
Nik Nazmi berkata perkara tersebut diuruskan dalam bentuk perundangan serta dasar sedia ada yang mungkin perlu ditambah baik jika terdapat jurang dengan Jabatan Alam Sekitar semasa itu, sedang menerbitkan kajian penggunaan dan kesannya kepada kesihatan dan alam sekitar.
Pada Julai 2024, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyerahkan memorandum kepada kerajaan mendesak pengharaman sepenuhnya kepada semua bentuk asbestos, mengulangi gesaan sama disuarakan mereka melalui memorandum pada Mei 2001.
Asbestos adalah bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser paru-paru dan penggunaannya diharamkan di 69 negara termasuk Finland, Itali, Jerman, Australia, Jepun dan Thailand setakat Oktober 2022 oleh Sekretariat Pengharaman Asbestos Antarabangsa (IBAS).
Dalam perkembangan lain, Arthur berkata Rang Undang-undang (RUU) Perubahan Iklim Negara (PIN) dan RUU Pihak Berkuasa Perubahan Iklim Negara (RUUIKLIM) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama dalam sidang Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arthur Joseph Kurup
#semak penggunaan
#bahan berasaskan asbestos
#larangan penggunaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan