Skip to main content

Dunia

China kekal pendirian adil terhadap isu Asia Barat - Wang Yi

51691718530_WangYi.jpg
Wang berkata China sentiasa komited dalam mendorong penyelesaian isu nuklear Iran menerusi pendekatan politik. - Gambar fail

BEIJING: China kekal konsisten dengan pendirian adil terhadap isu Asia Barat serta akan terus memainkan peranan konstruktif dalam membantu meredakan ketegangan.

Perkara itu ditegaskan Menteri Luar China Wang Yi semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Israel Gideon Sa'ar pada Selasa.

Advertisement

Wang berkata China sentiasa komited dalam mendorong penyelesaian isu nuklear Iran menerusi pendekatan politik.

Pusingan rundingan baharu antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kemajuan ketara dengan mengambil kira kebimbangan keselamatan Israel, namun proses itu terganggu oleh operasi ketenteraan.

Beliau menegaskan bahawa penggunaan kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya boleh mencetuskan masalah baharu serta kesan sampingan yang serius.

“Nilai sebenar kekuatan tentera adalah untuk mencegah perang, bukan dipamerkan di medan perang,” katanya.

Wang turut menyeru agar tindakan ketenteraan dihentikan serta-merta bagi mengelak konflik berkenaan daripada terus memuncak.

-- BERNAMA-CMG

 

Must Watch Video