awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan - PM Anwar

Bernama
Bernama
06/10/2024
08:45 MYT
Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan - PM Anwar
Menurut Anwar, kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan. - Foto Bernama
SUNGAI SIPUT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.
Beliau berkata hal ini supaya lebih banyak guru dalam mata pelajaran berkenaan dapat dilatih Kementerian Pendidikan (KPM) untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.
"Sepertimana juga yang kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan iaitu anak-anak India yang memilih untuk menguasai atau mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di sekolah menengah kebangsaan, itu harus kita pastikan ia (penguasaan bahasa ibunda) dapat ditingkatkan.
"Ini dasar yang tak bercanggah dengan dasar negara kita. Sebab itu saya katakan biar ada komitmen jelas dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan Sabah dan Sarawak, tentang Bahasa Kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di sini hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#latihan bahasa China dan tamil
#Anwar Ibrahim
#lebih banyak latihan untuk guru
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan